Al-Risalah / Al-Yakin
Risalah Al-Yakin dan Al-Risalah merupakan siri penerbitan risalah keagamaan Islam bersaiz poket yang diterbitkan oleh Bahagian Hal Ehwal Islam di Jabatan Perdana Menteri (kini dikenali sebagai JAKIM) sekitar tahun 1970-an hingga 1980-an.
Fungsi dan penerbitan bahan dakwah ini dikendalikan oleh Bahagian Agama di Jabatan Perdana Menteri yang ditubuhkan pada tahun 1974 (sebelum dinaik taraf menjadi sebuah jabatan penuh). Risalah bersiri ini dikeluarkan bagi memberi kefahaman mengenai akidah, ibadah, dan isu-isu semasa Islam kepada masyarakat umum.





