Setiap tahun, kita akan menyambut Nuzul Quran pada 15 Ramadhan, dan malam ke-19 Ramadhan pula para asatizah akan mengingatkan tentang malam Lailatul Qadr.
Apa maksudnya Nuzul al-Quran?
Nuzul Quran
Nuzul-quran membawa maksud literal ‘penurunan Al-Quran’, yang turun dari Luh Mahfuz ke Baitul ‘Izzah (langit dunia) kemudian turun kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam.
Disebut dalam surah Al-Qadr ayat pertama, bahawa al-Quran diturunkan pada malam lailatul qadar.
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam lailatul qadar
Apa pula yang dimaksudkan dengan Malam lailatul qadar?
Lailatul Qadar
Lailan bererti malam, manakala al-qadr bererti kemuliaan. Lailatul qadar bererti malam kemuliaan.
Al-Quran sendiri menggambarkan kepentingan malam ini dalam Surah al-Qadr, yang menyatakan ganjarannya melebihi seribu bulan.
“Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.” (al-Qadr:3)
Malam inilah dipercayai saat di mana al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui Malaikat Jibril alaihis-salam.
Dalam banyak hadis Nabi menyeru agar kita mencari lailatul qadar pada 10 malam terakhir. Pada malam tersebut, kita digalakkan memperbanyakkan ibadah dan mengharapkan keampunan Tuhan.
Mencari Keberkatan Lailatul Qadar
Walaupun tarikh sebenar Lailatul Qadr tidak diketahui, umat Islam digalakkan untuk bersungguh-sungguh dalam beribadah sepanjang dua puluh malam terakhir Ramadan. Berikut adalah beberapa amalan yang boleh kita lakukan:
- Memperbanyakkan solat sunat terutamanya solat sunat tarawih.
- Mengkhatamkan Al-Quran bagi meraih ganjaran pahala yang berlipat ganda.
- Meningkatkan amalan kebajikan dan sedekah.
Dengan mengamalkan ibadah-ibadah ini, InsyaAllah kita akan dapat meraih keberkatan luar biasa yang tersimpan di malam Lailatul Qadar.
Semoga Allah mempertemukan kita dengan lailatul qadar.
GIPHY App Key not set. Please check settings
2 Comments