Setiap kali Aidilfitri menjelang, ungkapan ini pasti bergema di mana-mana sahaja. Bukan sekadar dilaungkan di corong radio atau kaca televisyen, malah artis dan pempengaruh media sosial juga tidak ketinggalan menitipkan ucapan ini kepada para peminat.
Namun, di sebalik kemeriahan ucapan tersebut, ramai yang masih tertanya-tanya tentang apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan ‘Minal Aidin Wal Faizin’. Adakah ia sekadar pelengkap ucapan maaf zahir dan batin, atau ada makna yang lebih mendalam?
Ejaan dan Sebutan yang Sering Terkeliru
Sebenarnya, agak sukar untuk kita menyebut ungkapan ini dengan tepat jika hanya berpandukan tulisan rumi semata-mata. Malah, sering kali kita melihat pelbagai variasi ejaan yang digunakan. Jika dirujuk pada teks asal dalam bahasa Arab, begini ejaan sebenarnya yang perlu kita fahami.
Jika diterjemahkan ke dalam ejaan rumi yang lebih mendekati bunyi asalnya, ia sepatutnya ditulis sebagai:
Minal aidil wal faizin..
Penggunaan tanda koma di atas selepas huruf ‘a’ itu penting bagi menunjukkan bunyi huruf ‘ain’ dalam bahasa Arab.
Maksud di Sebalik Ungkapan Minal Aidin Wal Faizin
Secara literal, ungkapan ini membawa maksud yang sangat indah iaitu Semoga tergolong dalam kalangan orang-orang yang kembali dan orang-orang yang menang”.
من العائدين والفائزين
Perkataan A’idin merujuk kepada mereka yang kembali kepada fitrah yang suci selepas sebulan berpuasa. Manakala Faizin pula merujuk kepada orang-orang yang berjaya menundukkan hawa nafsu dan mendapat kemenangan di penghujung Ramadan.
Ramai yang menyangka ungkapan ini bermaksud “maaf zahir dan batin”, namun hakikatnya ia adalah sebuah doa yang sangat bermakna buat saudara seagama kita.
Harapan Pasca Ramadan Buat Kita Semua
Tradisi mengucapkan ungkapan ini sebenarnya sangat popular dalam budaya masyarakat di Asia Tenggara, terutamanya di Malaysia dan Indonesia. Ia menjadi pelengkap kepada sambutan hari kemenangan kita setelah berjaya mengharungi madrasah Ramadan.
Semoga pasca Ramadan ini, kita benar-benar tergolong dalam kalangan hamba-Nya yang berjaya mengekalkan momentum ibadah dan mencapai kemenangan yang hakiki, insya-Allah.
Semoga pasca Ramadhan ini kita benar-benar tergolong dalam kalangan hamba-Nya yang berjaya mengekalkan momentum ibadah dan mencapai kemenangan yang hakiki, insya-Allah.
Minal a’idin wal faizin buat anda semua.
Selamat Hari Raya Aidilfitri!

