Tips Berkelah Dengan Keluarga dan Rakan

Berkelah. Jika anda merancang untuk mengadakan perkumpulan (reunion, gathering dll) bersama keluarga, rakan sekerja atau kenalan lama di tapak perkelahan, adalah satu kelaziman bila aktiviti terpaksa ditangguhkan berkali-kali kerana tiada perancangan yang teliti.

Ada beberapa tips dalam merancang perkelahan berkumpulan.

Tempat yang sesuai dengan semua yang terlibat

Sesetengah tapak perkelahan mempunyai tapak yang luas, sesuai untuk melibatkan keluarga yang ramai.

Ada yang sungainya cetek, sesuai untuk aktiviti kanak-kanak.

Ada yang mungkin menjangkakan pendakian dan denai yang mencabar.

Bincangkan kesesuaian tempat supaya semua dapat bersetuju dengan pemilihan tempat.

Rancang aktiviti

Perkelahan mesti ada aktiviti yang dibuat bersama. Mungkin hanya makan dan mandi-manda. Mungkin ada masak-masak dan ayam panggang, pasti masa yang diambil lebih lama. Rancang aktiviti.

Sukan dan permainan perlu sesuai dengan usia dan kondisi peserta yang terlibat.

Masa paling berkualiti ialah ketika dapat beraktiviti bersama.

Menu Makanan

Makanan ialah topik paling penting.

Jika dibawa dari rumah, menu makanan perlu beraneka, perlu cukup nisbah nasi dan lauk.

Jika masak di tapak perkelahan, perlu cukup alatan panggang dan bahan masakan. Tempoh penyediaan juga akan menjadi lebih lama bergantung kepada bilangan peserta. Tempoh penyediaan makanan yang lama akan buat peserta lapar dan hilang sabar.

Berlapang dada

Macam-macam perkara tak dijangka boleh berlaku ketika berkelah, apa lagi dalam jumlah yang ramai. Berlapang dada, dan yang paling penting, bergembira.

Tak mengapa jika ayam tak cukup masak, yang penting masa yang dihabiskan bersama kawan-kawan dan keluarga tersayang.

Leave a reply:

Your email address will not be published.