Designed by Freepik

Bulan Ramadhan cuma tinggal beberapa hari sahaja lagi. Bulan ibadah ini akan lebih bermakna jika kita persiapkan dengan ilmu mengenainya.

Berikut ialah 9 fakta riang atau fun fact mengenai bulan Ramadhan:

1. Penurunan al-Quran (Nuzul Quran) berlaku pada bulan Ramadhan.

Sesungguhnya kami menurunkan (al-Quran) ini pada Lailatul Qadr. (al-Qadr:1)

Surah pertama yang turun ialah al-‘Alaq ayat 1 hingga 5.

2. Syariat berpuasa telah diwajibkan ke atas umat terdahulu sebelum umat Nabi Muhammad.

Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana yang diwajibkan keatas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. (al-Baqarah:183)

3. Sebelum puasa pada bulan Ramadhan diwajibkan, umat Islam berpuasa pada 3 hari setiap bulan serta hari ‘Asyura.

Sesungguhnya Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam tiba di Madinah, maka Baginda berpuasa pada hari 'Asyura dan puasa tiga hari setiap bulan. Dan adalah Baginda berpuasa sedekian selama 17 bulan bermula Rabi'ulawal sehingga Rabi'ulawal tahun berikutnya sehingga masuk ke bulan Ramadhan. - HR Ibnu Jarir

4. Sebelum tahun ke-2 Hijrah (Perang Badar), umat Islam tidak dibenarkan berperang walaupun ditindas.

Kemudian Allah menurunkan ayat 39-40 surah al-Haj.

Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh) kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya dan sesungguhnya Allah subhanahu wata'ala amat berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan). Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, semata-mata kerana mereka berkata 'Tuhan kami ialah Allah'. (al-Haj:39-40)

5. Pembukaan kota Mekah berlaku pada bulan Ramadhan tahun ke-8 Hijrah.

 

6. Ramadhan ialah penghulu segala bulan.

Penghulu bagi segala bulan ialah bulan Ramadhan dan penghulu bagi segala hari ialah hari Jumaat. -HR At-Tabrani

7. Senyap orang berpuasa itu merupakan tasbih, tidurnya ibadah, doanya mustajab dan balasan amalannya dilipatgandakan

 

8. Sunat ketika berpuasa ialah menyegerakan berbuka dan melengah-lengahkannya adalah makruh.

Berterusan umatku di dalam kebaikan selama mana mereka menyegerakan berbuka. -HR Bukhari dan Muslim

9. Bersahur dan melewatkan sahur kedua-duanya adalah sunat.

Bersahurlah, kerana pada sahur itu ada keberkatan. -HR Bukhari dan Muslim