RM36.00 RM40.00 BELI SEKARANG

Sejarah Umat Islam – Edisi 2016

0

Bagaimana membaca sejarah umat Islam yg rumit & perlu kehati-hatian dalam analisa peristiwanya? Buya Hamka membuat itu menjadi mudah. Dengan cita rasa narasi sebagai sastrawan, kita seperti diajak kembali ke abad 7.

Pembaca, Sejarah Umat Islam

Sejarah Umat Islam – Edisi 2016 adalah buku yang komprehensif dalam menceritakan kisah sejarah Islam.

Buku ini meringkaskan sejarah Islam, pandangan ahli sejarah serta teori mengenai penyebaran Islam sebelum, semasa dan selepas Islam tertegak.

Buku ini tidak hanya terhad menceritakan tentang sejarah Nabi Muhammad s.a.w., bahkan meliputi serata dunia, dari zaman kegemilangannya hingga zaman keruntuhannya. Antaranya adalah:

  • Tamadun Arab sebelum kedatangan Islam
  • Dunia sebelum kedatangan Nabi Muhammad s.a.w.
  • Peperangan Nabi Muhammad s.a.w.
  • Khalifah yang berempat (Khulafa’ur-Rashidin)
  • Kerajaan Bani Umaiyah (Umawiyah)
  • Kerajaan Bani Abbas
  • Kerajaan-kerajaan Islam di Andalusia
  • Kerajaan-kerajaan Islam di Afrika
  • Kerajaan-kerajaan Islam di Mesir, Syam, dan Semenanjung Arab
  • Perkembangan agama Islam di Iran (Parsi), kerajaan Mongol Islam, dan Daulat Safawiyah
  • Perkembangan agama Islam di India dan Afghanistan
  • Kerajaan Turki Uthmaniah
  • Perkembangan agama Islam di Nusantara (Aceh, Riau, Samudra-Pasai, Jawa, Melaka, dan Johor)

Meninjau sejarah hendaklah dengan rasa cinta, seakan-akan kita turut hidup dengan mereka. Oleh itu, rasa hati dan suka duka kita sekarang, adalah rasa hati dan suka duka yang telah mereka tinggalkan buat selama-lamanya.

HAMKA


HAMKA yang lahir dari tanah Nusantara antara ulama yang meletakkan dirinya dalam kancah intelektual. Kita sedia maklum, HAMKA yang sudah menulis berpuluh buku bukanlah seorang yang berkelulusan dari universiti yang bersistem (malah yang bersistem sehingga sistem telah mereputkan intelektual ke dalam tangan kekuasaan).

Sharif Shaary memberitahu hakikat intelektual bukanlah seorang yang berkelulusan dari universiti;

Belajar di universiti bukan jaminan seseorang boleh menjadi intelektual, seorang intelektual itu adalah seorang pemikir yang sentiasa berfikir dan mengembangkan serta menyumbangkan ideanya untuk kesejahteraan masyarakat. Dia juga adalah seorang yang mempergunakan ilmu dan ketajaman fikirannya untuk mengkaji, menganalisis, merumuskan segala perkara dalam kehidupan manusia, terutama masyarakat di mana dia hadir khususnya dan di peringkat global amnya untuk mencari kebenaran dan menegakkan kebenaran itu. Lebih daripada itu, seorang intelektual juga adalah seorang yang kenal akan kebenaran dan berani pula memperjuangkan kebenaran itu, meski bagaimanapun tekanan dan ancaman yang dihadapinya, terutama sekali kebenaran, kemajuan, dan kebebasan untuk rakyat.

wikipedia

Tahulah kita bahawa HAMKA membangunkan dirinya secara pembelajaran kendiri. Beliau mempunyai guru, tetapi beliau tidak lahir dari sistem yang diciptakan untuknya, namun beliau lahir dari sistem yang beliau ‘ciptakan’ untuk dirinya.

Sejarah Umat Islam versi cetak tahun 2016 ini dari PTS Publishing House Sdn. Bhd yang mempunyai halaman setebal 1059 adalah sebuah buku ilmiah yang memposisikan sejarah umat Islam dari penceritaan jahiliyahnya masyarakat di Tanah Arab sehingga perkembangan Islam di Nusantara.

Buku ini mengandungi tujuh bahagian iaitu Keadaan Tanah Arab, Kedatangan Muhammad, Kerajaan-kerajaan Islam, Perkembangan Agama Islam Ke Negeri-negeri Timur, Perkembangan Agama Islam Di India dan Afghanistan, Daulat Osmaniah, dan Perkembangan Agama Islam di Nusantara.

Berbeza dengan apa yang ditulis oleh Tamim Ansary, Sejarah Dunia dari Sudut Pandang Islam yang diterbitkan ke dalam terjemahan bahasa Melayu pada tahun 2009 lalu oleh Adiwarna, beliau tidak mempunyai bab khusus yang menceritakan sejarah di Nusantara sebaik HAMKA.

Tahulah kita, HAMKA yang lahirnya di Nusantara tentu sahaja akan memuatkan sejarah tanahnya sendiri, manakala Tamim Ansary yang lahir dari Barat tentu saja lebih memberi fokus dengan melihat melalui sudut pandang Islam terhadap tanahnya sendiri.

Tidaklah saya cuba membandingkan kesahihan kedua-dua penulis ini, namun sekadar memerhati apa yang HAMKA ada dan Tamim Ansary tiada, juga sebaliknya.

Ada dan tiada itu bukanlah sebagai kekurangan buat diri seseorang penulis itu, tetapi ia membuatkan para pembaca sedar bahawa perlunya kita lebih banyak membaca dan mempunyai rujukan yang lebih dari satu dalam tiap-tiap topik.

Sebagaimana John Santayana berkata, “Those who cannot remember the past, are condemned to repeat it.” Jika anda tidak mahu sejarah yang buruk kembali, bedahlah buku ini!

Ulasan disediakan oleh Asri Yussof, Nor Fatin Amira Salleh

2 Comments
  1. […] ini mengandungi 16 bab berkenaan vaksin termasuklah sejarah, proses pembuatan, kandungan, bahan utama dan sampingan, sumber babi, isu konspirasi & Yahudi, […]

  2. […] kembali ke Amerika, Malcolm menggunakan nama Malik el-Shabazz dan mengakui dirinya sebagai seorang Sunni Muslim. Sejak dari hari itu, dia mendapat ugutan daripada Nation of […]

Leave a reply

Mvslimah
Logo
Shopping cart