Special

Travelog Haji Mengusik Hati: Kompilasi Travelog Haji

Sungguh! Buat diri rasa teruja yang masih terkawal untuk jejak dan sujud di bumi mulia Mekkah & Madinah! Tuhan, sampaikan aku! Jadikan aku tetamu istimewaMu!

Raihan

Sungguh, saya rasa teruja apabila dikhabarkan ketiga-tiga buku, iaitu Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman (THMSI), Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok (TDMHE), dan 50 Tip Motivasi Haji (50TMH) hasil karya bersama PTS akan diterbitkan semula sebagai buku tunggal. Ia memberi makna mendalam kepada perjalanan kehidupan saya bersama pembaca.

Tentu sekali saya masih terkenang bagaimana teragak-agaknya hati dan perasaan ketika menghulurkan manuskrip THMSI kepada Puan Ainon Mohamad (Pengerusi PTS) pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2007. Sepatah komen beliau, “Buku ini akan memberi kesan motivasi besar kepada khalayak pembaca.” Beliau menolak rasa tidak yakin kepada keperluan menerbitkan buku ini.

THMSI adalah sejarah. Proses penulisannya melalui pelbagai tahap dalaman yang tidak mampu saya catatkan secara terperinci. Ada ketikanya air mata menitis tanpa paksaan. Ada ketikanya saya tersenyum sendirian. Namun, rasa tunduk dan patuh kepada-Nya melingkari hari-hari bersama rasa hati yang sentiasa bersyukur dengan pengalaman yang membuka sempadan iman.

TDMHE adalah catatan pasca haji. Ia ditulis ketika hati masih terawang-awang dengan keinginan mahu menjadi manusia terbaik di sisi-Nya. Ia ditulis sejurus pulang dari Makkah dan Madinah. Saya mempunyai keinginan yang jelas, seperti mahu sentiasa menunaikan solat berjemaah di masjid, bangun malam, berpuasa sunat, membaca Al-Quran dan terjemahan, serta membersihkan hati. Ia permintaan dan permohonan kepada-Nya terlangsung bermula ketika hati resah gelisah mengenangi kisah-kisah lampau. Ini sebagaimana catatan dalam THMSI.

Rasa ini yang melahirkan 50TMH. Ia adalah THMSI yang dipermudahkan. Khalayak pembaca mungkin bersama-sama merasai travelog haji dengan melihat bagaimana seorang profesor yang tidak pandai membaca Al-Quran mengenal huruf dan menamatkan bacaan selepas sebulan lebih berada di Makkah. Malah, ramai yang teruja membaca bagaimana saya menghabiskan bacaan terjemahan Al-Quran dalam tempoh enam hari semasa berada di Madinah. Namun, catatan yang dipersembahkan kepada khalayak bukan soal emosi semata-mata. Ia mengandungi pelbagai falsafah yang mampu dipertimbangkan oleh bakal jemaah haji.

Akhirnya, ketiga-tiga buku ini, iaitu THMSI, TDMHE, dan 50TMH bersifat kesalingan. Mengumpulnya dalam buku tunggal membawa manfaat kepada khalayak pembaca, terutamanya mereka yang mengenali saya selepas tujuh tahun penghasilan buku THMSI. Kesukaran mencari ketiga-tiga buku serentak menjadikan penghasilan buku ini menjadi relevan.

Kandungan

  • Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman
  • Travelog Dakwah: Menanti Hari Esok
  • 50 Tip Motivasi Haji

Bukan semua orang ada peluang dan mampu menunaikan haji di Makkah. Kadang-kadang, orang yang mampu pula tiada kemahuan untuk menunaikan haji. Ada yang sudah puas mengelilingi dunia, tetapi belum tergerak hati untuk tawaf mengeliling Kaabah. Ada yang sanggup terbang merentasi dunia demi berjumpa kekasih hati di perantauan, tetapi belum terdetik untuk bertemu cinta agung di tanah suci. Sungguh, seruan haji adalah jemputan daripada syurga. Hanya orang tertentu dan terpilih sahaja yang mendapat keistimewaan ini.

Catatan perjalanan haji yang indah dan penuh emosi ini dirakamkan secara eksklusif dalam “Travelog Haji; Mengusik Hati”. Buku ini adalah kompilasi 3 buah buku yang terbaik, hasil tulisan Prof. Dr. Haji Muhd Kamil Ibrahim iaitu Travelog Haji”, “Travelog Dakwah”, dan “50 Tip Motivasi Haji”. Sebagai orang yang biasa-biasa sahaja, bukan agamawan mahupun ulama, beliau menulis daripada perspektif yang berbeza, namun sudut pandangnya tetap indah dan mampu membuai emosi pembaca. Sebagai seorang profesor dan juga golongan profesional, beliau juga berkongsi kaedah yang sistematik dan praktikal untuk memudahkan pelaksanaan ibadah haji.

Buku Tavelog Haji Mengusik Hati

Buku ini adalah kompilasi 3 buah buku yang terbaik, hasil tulisan Prof. Dr. Haji Muhd Kamil Ibrahim iaitu “Travelog Haji”, “Travelog Dakwah”, dan “50 Tip Motivasi Haji".

RM45.00 RM50.00

2 Comments
  1. […] Wartawan Al-QuranCeritera Haji Wartawan Al-Quran – Tuhan, Kami Datang adalah sebuah catatan travelog haji. Ia mengandungi kisah-kisah pendek yang menarik, dan dikaitkan dengan tafsir […]

  2. […] pergi menunaikan haji di Mekah. Melihat bagaimana agama Islam boleh menyatukan penganut yang berbilang kaum dan bangsa, […]

Leave a reply