Editor choice

Vaksin : Antara Babi, Yahudi & Konspirasi

Zaman ini, topik vaksin akan sentiasa menimbulkan pertentangan. Ada banyak dakwaan-dakwaan yang timbul. Melalui buku ini, penulis yang pernah terlibat secara langsung dengan pembuatan ubat-ubatan dan vaksin, menjelaskan hakikat sebenarnya.

Buku terbaru berkenaan ‘Vaksin’ sangat berguna sebagai rujukan, juga permasalahan sumber babi, salahfaham kesan mudarat dan lain-lain. Gaya bahasa sains-dan-perubatan yang ringkas dan mudah difahami oleh semua. Ini bertujuan mengelakkan salahfaham bentuk rawatan vaksin.

Buku ini mengandungi 16 bab berkenaan vaksin termasuklah sejarah, proses pembuatan, kandungan, bahan utama dan sampingan, sumber babi, isu konspirasi & Yahudi, tuduhan cacat akibat vaksin. Beberapa isu lain juga dibincang seperti makanan sunnah, tahnik & kaitan vaksin, perbezaan testimoni dan kajian klinikal, kumpulan anti-vaksin, vaksin dari sudut pandangan syarak.

Maklumat berkenaan vaksin, isu dan faedahnya tercatat dalam buku ini boleh menjadi rujukan oleh masyarakat umum. Anda sebagai pembaca past mencari-cari kupasan yang mudah difahami.

Prof Dr Azmi bin Md Nor, Dekan & Pakar Perunding Bedah Am & Kolorektal, Kulliyah Perubatan, UIAM

Dengan pelbagai alasan yang rapuh, mereka terus memutar-mutar helah yang sama. Sedangkan kesemua kegusaran mereka itu sudah pun dijawab oleh pakar-pakar yang lebih berwibawa bahawa andaian-andaian mereka hanya berpunca dari takut pada diri sendiri dan juga takut dengan merosot jualan produk kesihatan yang mereka jual. Sebahagian besar dari penentang tegar vaksin adalah penjual produk kesihatan.

Dr Suhazeli Abdullah

Saya sebagai anggota masyarakat dahagakan informasi yang tepat, ringkas dan mudah berkenaan vaksin. Penulis berjaya mengupas beberapa isu berkaitan vaksin, dan perbetulkan tanggapan yang salah. Pastikan setiap keluarga mendapatkan naskah buku ini.

Khairul Anuar Mohamad Noh, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat, UPM

Buku Vaksin ini adalah salah satu kaedah untuk memperbetulkan salah faham disebabkan oleh maklumat yang tidak betul. Tahniah kepada penulis.

Dato' Dr Hj Amirudin bin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Ekskutif, Cybersecurity Malaysia

Setiap kali isu vaksin dibincangkan oleh pakar-pakar perubatan, ada sahaja netizen yang melontarkan persoalan bahawa vaksin itu agenda Yahudi. Mereka terus salin dari sumber yang tidak berwibawa, bahawa wujudnya korelasi vaksin dengan agenda jahat Yahudi. Tetapi jika diperhatikan betul-betul, pernyataan laman yang dipetik itupun hanya berandaian akan hubungkait antara vaksin dan zionis.

Dr Suhazeli Abdullah

Beberapa kes kematian akibat dari tidak mengambil vaksin akan menjejaskan status kesihatan masyarakat umum di negara kita. Syabas kepada penulis kerana mengambil inisiatif menulis buku ini.

Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin, Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi
Buku Vaksin: Antara Babi, Yahudi & Konspirasi

Buku ini sangat berguna sebagai rujukan, juga permasalahan sumber babi, salahfaham kesan mudarat dan lain-lain. Gaya bahasa yang ringkas dan mudah difahami oleh semua

RM15.00

Editor choice
1 Comment
  1. […] Vaksin penyebab autism? […]

    Komen?

    Kedai Buku Online