Kuiz Ramadhan & Nuzul Quran

  • Question of

    Bulan Ramadan sinonim dengan ibadah

    • Zakat Fitrah
    • Solat Aidil Fitri
    • Haji di Baitullah
    • Kenduri Tahlil

    Correct Wrong

    Waktu menunaikan Zakat Fitrah ialah apabila terbenam matahari akhir Ramadan sehingga terbit matahari satu Syawal.

  • Question of

    Peristiwa apakah yang berlaku dalam bulan Ramadan?

    • Hijrah Nabi ke Madinah
    • Isra’ Mikraj
    • Nuzul Quran
    • Perang Uhud

    Correct Wrong

    Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Muhammad. "Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar" [al-Qadr:1]

  • Question of

    Berapakah bilangan surah dalam al-Quran

    • 114 surah
    • 124 surah
    • 134 surah
    • 144 surah

    Correct Wrong

  • Question of

    Berikut ialah surah-surah yang dinamakan dengan nama binatang kecuali

    • Al-Baqarah
    • Al-Fil
    • Al-Naml
    • Al-Jin

    Correct Wrong

    Al-Baqarah = Lembu betina, Al-Fil = Gajah, Al-Naml = Semut, Al-Jin = Jin.

  • Question of

    Manakah surah yang dinamakan dengan manusia?

    • Abasa’
    • Nun
    • Ali-Imran
    • Yasin

    Correct Wrong

    Ali 'Imran, Yunus, Hud, Yusuf, Ibrahim, Maryam, Luqman, Muhammad, dan Nuh.

  • Question of

    Surah apakah yang mula-mula diwahyukan?

    • Al-Qalam
    • Al-Alaq
    • Al-Muzammil
    • Al-Asr

    Correct Wrong

    Surah mula-mula diturunkan ialah al-'Alaq, al-Qalam, al-Muzammil, al-Mudassir dan al-Masad berdasarkan hadis yang diriwayatkan Ibnu 'Abbas.

  • Question of

    Surah manakah yang merupakan surah terpanjang dalam al-Quran?

    • Al-Baqarah
    • Al-Imran
    • Al-An’am
    • al-Fil

    Correct Wrong

    Surah al-Baqarah mempunyai 286 ayat, bermula dari juzuk 1 hingga pertengahan juzuk 3.

  • Question of

    Apakah surah terpendek dalam al-Quran?

    • Al-Fatihah
    • Al-Kawthar
    • Al-Ikhlas
    • Al-Asr’

    Correct Wrong

    Surah al-Kawthar mempunyai 3 ayat.

  • Question of

    Al-Quran turun secara beransur-ansur selama

    • 10
    • 13
    • 20
    • 23

    Correct Wrong

    Al-Quran turun secara beransur-ansur sepanjang tempoh kerasulan Nabi Muhammad, iaitu 23 tahun (13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah)

  • Question of

    Surah apakah yang tidak dimulai dengan lafaz Basmalah (bismillahirrahmanirrahim)?

    • As-Sajdah
    • At-Tawbah
    • Al-Ahzab
    • Al-Ahqaf

    Correct Wrong

    Perbezaan surah al-Tawbah dengan surah-surah yang lain adalah pada permulaannya tidak dimulai dengan lafaz Basmalah.

  • Question of

    Ayat al-Quran yang manakah yang mula-mula disampaikan oleh Malaikat Jibril kepada Rasulullah?

    • Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.”
    • Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;”
    • Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
    • Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan,

    Correct Wrong

  • Question of

    al-Quran menitikberatkan kepentingan berbincang dengan ilmu dan kebijaksanaan. Apakah perkataan yang bersesuaian dengan konsep tersebut?

    • Ash-Shuraa
    • Ash-Shu’ara
    • Al-Furqan
    • As-Sajdah

    Correct Wrong

    Al-Shura = Mesyuarat, Al-Shu'ara = Penyair, Al-Furqan = Pemisah, As-Sajdah = Sujud

  • Question of

    Allah memuji golongan yang sentiasa mengingati Allah SWT dengan melihat kepada penciptaanNya dan berfikir. Golongan ini dipanggil

    • Ansarullah (as-Saff:14)
    • Rajulun Yas’aa (Yasin:20)
    • Ulul Albab (Ali-Imran:190)
    • Ashabul Kahfi (Al-Kahfi:9)

    Correct Wrong

    Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal (Ulul Albab). (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. [Ali Imran:190-191]

  • Question of

    Kisah apakah yang disebut sebagai SEBAIK-BAIK KISAH (ahsanul qasasu) di dalam Al-Quran?

    • Ashabul Kahfi (Surah al-Kahfi))
    • Nasihat Luqmanul Hakim (Surah Luqman)
    • Kisah Ashabul Ukhdud (Surah Al-Buruj)
    • Kisah Nabi Yusuf (Surah Yusuf)

    Correct Wrong

    "Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) SEBAIK-BAIK KISAH dengan jalan Kami wahyukan kepadamu Al-Quran ini, padahal sebenarnya engkau sebelum datangnya wahyu itu, adalah dari orang-orang yang tidak pernah menyedari akan halnya." [Yusuf:3]

  • Question of

    Adik-beradik Nabi Yusuf mempunyai niat jahat ke atas Nabi Yusuf. Apakah rancangan jahat mereka?

    • Meracun Nabi Yusuf
    • Membuang Nabi Yusuf ke dalam perigi
    • Membiarkan Nabi Yusuf dimakan serigala
    • Menuduh Nabi Yusuf dengan kesalahan jenayah

    Correct Wrong

    Salah seorang di antara mereka berkata: "Janganlah kamu membunuh Yusuf, tetapi buanglah dia ke dalam pergi, supaya ia dipungut oleh sebahagian dari orang-orang musafir (yang lalu di situ), kalaulah kamu tetap hendak menjalankan rancangan kamu itu". [Yusuf:10]

  • Question of

    Surah at-Taubah menyebut sekumpulan orang mukmin yang tetap teguh dalam iman dan berhijrah. Siapakah golongan yang dimaksudkan?

    • Mereka yang terlibat dengan Peperangan Badar (Ahli Badar)
    • Kaum Muhajirin dan Ansar
    • Penduduk Mekah yang memeluk Islam secara sembunyi-sembunyi.
    • Anak-anak Rasulullah.

    Correct Wrong

    Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. [at-Tawbah:100]

  • Question of

    Surah al-Kahfi dikenali dengan kisah apa?

    • Pemuda di dalam gua
    • Sahabat Nabi yang berperang dalam Perang Uhud
    • Nabi Musa dan pembahagiannya di Laut Merah
    • Nabi Ibrahim dan pemusnahan berhala

    Correct Wrong

    Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah "Ashaabul Kahfi" dan "Ar-Raqiim" itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami? (Ingatkanlah peristiwa) ketika rombongan pemuda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami". [al-Kahfi:9-10]

  • Question of

    Surah Luqman dinamakan sempena nama siapa?

    • Seorang penyair terkenal dari suku Quraisy
    • Seorang yang bijak terkenal dengan bimbingan dan nasihatnya
    • Salah seorang sahabat Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam
    • Malaikat yang disebut dalam al-Quran

    Correct Wrong

    Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu)". Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. [Luqman:12]

  • Question of

    Surah an-Naas mengajar kita memohon perlindungan daripada kejahatan. Apakah kejahatan khusus yang disebut dalam surah ini?

    • Sengatan kala jengking
    • Wabak dan penyakit
    • Jahatnya hasutan syaitan
    • Kegelapan malam

    Correct Wrong

  • Question of

    Surah al-Falaq mengajar kita memohon perlindungan dari kejahatan. Apakah kejahatan khusus yang disebut dalam surah ini?

    • Kemarahan orang yang berkuasa
    • Bencana alam
    • Godaan kekayaan dan kemasyhuran
    • Bencana makhluk-makhluk yang Allah ciptakan;

    Correct Wrong

What do you think?

Written by akmalf

A web dev, designer, tech enthusiast, family car lover, and father, all rolled into one.

Tinggalkan komen

GIPHY App Key not set. Please check settings

Kuiz Isra’ Mikraj

close up of a holy quran

Mengenai Al-Quran