Kuiz Isra’ Mikraj

  • Question of

    Peristiwa Isra’ merujuk kepada

    • perjalanan Nabi SAW dari Baitullah ke Yathrib
    • perjalanan Nabi SAW dari Baitullah ke Taif
    • perjalanan Nabi SAW dari Baitullah ke Gua Hira’
    • perjalanan Nabi SAW dari Baitullah ke Masjid al-Aqsa

    Correct Wrong

    "Maha Suci Allah yang menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa, yang kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." (Surah al-Isra': 1)

  • Question of

    Baitullah al-Haram terletak di

    • Al-Quds
    • Mekah
    • Sana’a
    • Taif

    Correct Wrong

    Baitullah al-Haram = Masjidil Haram

  • Question of

    Masjid al-Aqsa terletak di

    • Hudaibiyah
    • Kaherah
    • Baitul Maqdis
    • Taif

    Correct Wrong

    Baitul Maqdis (al-Quds), Palestin.

  • Question of

    Peristiwa Mikraj merujuk kepada

    • perjalanan Nabi SAW dari Masjid al-Aqsa pulang ke Baitullah
    • perjalanan Nabi SAW dari Masjid al-Aqsa ke Taif
    • perjalanan Nabi SAW dari Masjid al-Aqsa ke Sidratul Muntaha
    • perjalanan Nabi SAW dari Masjid al-Aqsa ke Ummul Qura

    Correct Wrong

    Perjalanan Nabi SAW dari Masjid al-Aqsa ke Sidratul Muntaha, bertemu Allah di langit ke-7.

  • Question of

    Bilakah berlakunya peristiwa Isra’ Mikraj

    • Sebelum hijrah Nabi ke Madinah
    • Selepas hijrah Nabi ke Madinah
    • Ketika hijrah Nabi ke Madinah
    • Ketika hijrah Nabi ke Taif

    Correct Wrong

    Klu: Masjidil Haram, Mekah

  • Question of

    Ibadah apa yang disyariatkan ketika peristiwa Isra’ Mikraj?

    • Puasa
    • Zakat
    • Solat
    • Haji

    Correct Wrong

    Antara hikmah dari ibrah yang paling besar dalam peristiwa ini adalah kewajipan solat 5 waktu yang diterima daripada Allah SWT secara terus tanpa perantaraan malaikat.

  • Question of

    Peristiwa Isra’ Mikraj berlaku selepas

    • Perang Uhud, orang Quraisy membalas dendam terhadap kekalahan ketika Perang Badar.
    • Fathul Makkah, iaitu pembukaan kota Mekah untuk kaum Muhajirin pulang.
    • Perjanjian Hudaybiah, iaitu gencatan senjata antara kaum Muslimin dengan Quraysh Mekah.
    • Tahun Dukacita, iaitu tahun kewafatan kewafatan Abu Talib dan Saidatina Khadijah.

    Correct Wrong

    Israk dan Mikraj merupakan 'tasliyah' (hiburan) daripada Allah SWT untuk Nabi SAW yang dilanda perasaan dukacita kehilangan dua insan yang sentiasa menyokong dakwah Nabi SAW.

  • Question of

    Siapakah Abu Talib?

    • Datuk Nabi SAW
    • Bapa saudara Nabi SAW
    • Sepupu Nabi SAW
    • Anak Nabi SAW

    Correct Wrong

    Abu Talib adalah salah seorang bapa saudara Muhammad, dan merupakan pemimpin suku Banu Hashim. Sebagai pemimpin suku, dia menjadi pelindung Muhammad dalam sistem kesukuan di Arab, dan terus mempertahankan anak saudaranya.

  • Question of

    Siapakah Saidatina Khadijah?

    • Pengasuh Nabi SAW
    • Sepupu Nabi SAW
    • Isteri Nabi SAW
    • Anak Nabi SAW

    Correct Wrong

    Saidatina Khadijah bersama-sama Rasulullah untuk selama suku abad melimpahkan kasih sayang terhadap Baginda, di saat-saat genting dan meruncing, menyokong Baginda di waktu-waktu sulit, malah beliau menolong Baginda menyebar dakwah.

  • Question of

    Yang mana satukah Masjid Al-Aqsa

    • 1
    • 2
    • 3

    Correct Wrong

    Gambar 1 - Masjid al-Haram, Mekah, Arab Saudi Gambar 2 - Masjid Nabawi, Madinah, Arab Saudi Gambar 3 - Masjid al-Aqsa, Al-Quds, Palestin

What do you think?

Written by akmalf

A web dev, designer, tech enthusiast, family car lover, and father, all rolled into one.

Tinggalkan komen

GIPHY App Key not set. Please check settings

Rakyat Malaysia Bersatu: Harapan untuk Palestin

Kuiz Ramadhan & Nuzul Quran