Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman

Travelog Haji yang akan membawa kita menyusuri kisah benar hidayah mengetuk hati seorang hamba dan kekuatan hidayah yang Allah berikan yang boleh mengubah segala-galanya dalam kehidupan.

Jaime

Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman bukan semata-mata catatan pengembaraan insan yang menunaikan fardu haji. Buku ini juga bukan hanya merujuk kepada kisah tempat, budaya, pengangkutan, makanan, minuman dan tempat-tempat menarik dan bersejarah. Ia adalah kisah perjalanan roh insan yang melangkaui kehidupan rutin manusia.

Penulis melakarkan pelbagai persoalan asas dalam kehidupan seorang Muslim. Kepercayaan kepada penciptanya, tetapi terdesak dengan kejahilan diri yang sememangnya dimiliki oleh jutaan masyarakat Islam yang lain menyebabkan dia mencari jawapan kepada beberapa persoalan yang merunsingkan. Buku ini membawa pembaca mengenali diri sendiri dan bersedia melakukan perubahan besar dalam hidup mereka.

Buku ini sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat terutama mereka yang tercari-cari buku motivasi agama dan panduan ibadah yang ditulis secara santai dan bersahaja. Bagi mereka yang bakal dan berpengalaman menunaikan fardu haji akan mendapati buku ini mempunyai nilai yang hebat. Ia mempunyai kemampuan yang luar biasa.

Muhd Kamil Ibrahim adalah Profesor Perakaunan di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Beliau banyak menghasilkan karya seperti PhD: Kecil tapi Signifikan, Ibrahim Shah: Menyingkap Pengurusan Universiti, Motivasi Minda Pelajar, Pelajar Cemerlang dan Motivasi Remaja. Beliau juga menulis buku kepakaran seperti Value Relevance of Accounting Numbers, Financial Reporting in Malaysia dan Corporate Social Responsibility in Malaysia. Buku popular beliau adalah Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman (2007) dan Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok (2008) yang diterbitkan oleh PTS Islamika Sdn. Bhd. Lebih 400 rencana juga diterbitkan dalam pelbagai media massa.
Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman

Buku ini juga bukan hanya merujuk kepada kisah tempat, budaya, pengangkutan, makanan, minuman dan tempat-tempat menarik dan bersejarah. Ia adalah kisah perjalanan roh insan yang melangkaui kehidupan rutin manusia.

RM16.20 RM18.00

3 Comments
  1. […] adalah kompilasi 3 buah buku yang terbaik, hasil tulisan Prof. Dr. Haji Muhd Kamil Ibrahim iaitu “Travelog Haji”, “Travelog Dakwah”, dan “50 Tip Motivasi Haji”. Sebagai orang yang biasa-biasa sahaja, […]

  2. Reply
    Aida June 20, 2017 at 7:40 am

    Assalamualaikum. Ada tak jual travelog hj yang harga RM29 penulis yg sama.

    Terima kasih

    Komen?

    Kedai Buku Online