Panduan Solat Sempurna: Fahami Bacaan Dalam Solatmu

0

Solat adalah wahana komunikasi seorang hamba dengan Tuhan yang seharusnya terjadi dengan suasana penuh mesra dan intim. Panduan solat yang benar menghasilkan ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup seorang hamba.

Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya.

Surah al-Mukminun: ayat 1-2

Ia melahirkan natijah kejayaan hidup di dunia dan di akhirat, seperti mana yang dijanjikan di dalam Quran. Hal ini terjadi apabila seorang hamba menunaikan solat dengan penuh rasa khusyuk dengan memahami dan menghayati setiap patah perkataan yang diucapkan. Dengan demikian itu, proses komunikasi antara seorang hamba dan penciptanya akan lebih bermakna dan memberi impak yang maksimum.

Buku yang disusun oleh barisan panel penulis yang berautoriti dalam bidang agama ini adalah sebahagian daripada inisiatif bagi membantu orang Islam memahami bacaan dalam solat mereka.

Buku ini menyediakan panduan solat bergambar cara yang betul menunaikannya, terjemahan lengkap dan secara per-kata bagi setiap ayat serta perkataan yang biasanya dibaca dalam solat.

Di penghujung setiap bab, latihan kefahaman disediakan bagi menguji dan meningkatkan daya ingatan serta hafalan pembaca.

Dengan bahasa yang mudah dan penerangan ringkas, buku ini sesuai digunakan oleh segenap lapisan masyarakat bagi membantu meningkatkan rasa khusyuk dalam solat. Boleh digunakan sama ada untuk bacaan peribadi atau pun sebagai panduan dalam kelas pengajian untuk orang ramai.

1 Comment
  1. […] solat selagi sempat. Pejalanan mungkin mengambil masa berjam-jam dan kita mungkin tertinggal waktu solat jika suka […]

Leave a reply

Mvslimah
Logo
Shopping cart