I’m A Backpacker: New Zealand

0

Sebut pasal New Zealand, mana kita nak mula? Ataupun sebenarnya kita patut tanya: Kamu nak apa?

Kalau kamu mahu pantai, bukan setakat pantai putih bersih dengan air jernih yang kita dapat. Bahkan dapat tengok dolfin, ikan paus, anjing laut, dan burung kiwi, macam mana kita nampak kucing di Malaysia.

Kamu nak matahari indah, kamu pergi ke tempat yang betul. Nak salji memutih, sah memang tak silap cari. Apa lagi? Terjun bungee, buaian paling dramatik di dunia, skydive, main ski, tengok tarian haka, gunung Lord of The Ring, padang rumput menghijau macam dalam iklan susu?

Ada, ada, dan ada.

Oh ya, itu kita belum buka cerita pasal karavan. Yang itu memang kena datang sini, rasai sendiri.

Dan kalau cita-cita kita sederhana, cuma nak nikmati dan simpan kenangan betapa cantiknya bunga, bintang, mahupun alam, bawalah hardisk. Kamu mungkin terasa nak biar kamera/telefon tu on sahaja pagi petang, siang dan malam.

Di dalam buku I’m A Backpacker: New Zealand terkandung rumusan penuh setiap aturcara perjalanan yang disusun atur oleh beberapa orang penulis yang berpengalaman luas mengendalikan lebih daripada 20 trip ke New Zealand. Buku ini berkongsi tips dan panduan agar para pembaca mendapat gambaran jelas bagi merancang percutian dan membaca pengalaman kami sepanjang mengendalikan trip ke New Zealand.

Bab 1 (Tentang Aotearoa)

  • Sejarah
  • Budaya & Bahasa
  • Geografi & Ekonomi

Bab 2 (Sebelum Pengembaraan)

  • Pakaian & Bagasi
  • Pengangkutan
  • Penginapan
  • Lapangan Terbang

Bab 3 (Ketika Pengembaraan)

  • Penerbangan
  • Memilih Destinasi: South Island
  • Alat Komunikasi dan Pandu Arah
  • Penggunaan Tandas
  • Solat Dan Aplikasi Kiblat
  • Bekalan Makanan
  • Keselamatan

Bab 4 (Mengatur Perjalanan)

  • Laluan Perjalanan
  • Itinerari Lengkap
  • Jumlah Hari
  • Anggaran Kos
  • Senarai Tempat-Tempat Menarik
  • Persediaan Sebelum Pulang

Bab 5 (Caravan Life – Trip Adik Beradik)

  • Ice-breaking
  • Travel Different
  • Menu Signature
  • Momen Menarik

 

I’m A Backpacker: New Zealand oleh Trip Adik Beradik, siri travelog selepas I’m A Backpacker: Turkey, I’m A Backpacker: EuropeI’m A Backpacker: Japan dan I’m A Backpacker: Korea.

We will be happy to hear your thoughts

Leave a reply

Mvslimah
Logo
Shopping cart