Pengembara Di Bumi Bersejarah: I’m A Backpacker Europe

Meneruskan tradisi buku bestseller pertama I’m A Backpacker: Korea, kini Puteh Press datang lagi dengan buku kedua dalam siri travel bertajuk I’m A Backpacker Europe.

Buku ini bukan sebuah buku travelog yang mencatatkan pengalaman penulis. Tetapi buku ini adalah buku yang menunjukkan cara/how-to, bagaimana untuk mengembara di Eropah. Keistimewaan utama buku ini adalah bagaimana mahu travel di sebuah benua yang terkenal sebagai elit, tetapi dengan bajet terhad.Dengan wang kurang daripada RM6000, pembaca ditunjukkan cara bagaimana mereka dapat mengembara ke-12 bandar besar di Eropah seperti Milan, Paris, Madrid, dan Berlin. Bukan sahaja pembaca dapat berjimat, mereka juga dapat merancang sendiri perjalanan seperti mana yang dikehendaki.

Buku ini adalah umpama Lonely Planet, tetapi versi untuk rakyat Malaysia. Buku ini:

  • sepenuhnya berwarna.
  • dipenuhi dengan gambar-gambar daripada koleksi peribadi penulis.
  • pembaca mampu sesuaikan panduan untuk keperluan seorang mahupun secara berkumpulan.
  • pilihan tarikh, tempat, aktiviti, jenis pengangkutan, penginapan, tukaran wang, makanan, pakaian, dan banyak lagi.
  • daripada penulis yang sudah pergi sendiri ke tempat-tempat ini dan pernah menetap di Eropah.


 

Majoriti rakyat Malaysia pasti ada pasang angan-angan untuk ke bumi Eropah. Siapa yang tak mahu melawat negara yang penuh dengan pemandangan yang menyejukkan mata memandang, monumen dan bangunan-bangunan bersejarah, Eiffel Tower di kota Paris yang dikatakan bandar cinta, acah-acah bercakap dengan penduduk di sana dengan loghat pekat UK dan lain-lain.

Bagaimana pula kalau anda boleh melawat 12 bandar besar Eropah dengan bajet kurang daripada RM6000? Itu semua mungkin angan-angan satu masa dulu, dan tak mustahil ia akan menjadi kenyataan sekarang.

Mengikut jejak langkah buku I’m A Backpacker Korea yang dahulunya diterbitkan, kini Puteh Press berjaya melahirkan satu lagi buku baru yang bakal digunakan oleh ramai pembaca yang ingin ke melancong atau backpacking ke negara-negara di benua Eropah.

Buku ini ditulis oleh saudara Khairul Abdullah yang telah mengembara di seluruh Eropah dan juga negara Asia yang lain. Pengalaman beliau telah dibukukan untuk dijadikan sumber rujukan kepada pembaca yang juga menanam azam dan minat yang sama.

Di awal bab, penulis menceritakan serba sedikit mengenai bumi bersejarah benua Eropah. Musim, keadaan cuaca, bahasa dan budaya serta acara-acara besar yang terkenal di sana juga diselitkan di dalam bab awal ini.

Membacanya saja sudah berjaya membuatkan kita berangan-angan seolah-olah kita berada di sana. Seterusnya, penulis berkongsi tips mengenai perancangan awal.

Sebelum ke sana, kita harus menyenaraikan tempat-tempat yang ingin kita kunjungi, kenal pasti laluan dan jenis pengangkutan, bilangan hari yang diperlukan dan tips-tips lain.

Penulis juga turut berkongsi pelbagai jenis tips yang dikira serba lengkap untuk menempah tiket kapal terbang, hotel, kereta sewa, kereta api dan pelbagai pengangkutan lain.

Selain itu, penulis juga turut mengingatkan para pembaca untuk siap sedia dengan pelbagai dokumen dan barangan penting untuk kita ke sana.

Antaranya adalah pasport, insurans, bekalan makanan, kewangan dan persediaan mental serta fizikal. Bukan boleh main redah saja.

Penulis percaya, persediaan yang serba lengkap akan memudahkan proses pengembaraan kelak.

Antara tips menarik adalah bagaimana penulis mencadangkan pembaca untuk mengatasi jetlag kerana masa yang diambil untuk ke Eropah adalah lama dan memenatkan walaupun kita hanya duduk berdiam diri di dalam kapal terbang.

Penulis juga menitik beratkan keselamatan pembaca sewaktu mengembara ke sana kerana terdapat pelbagai jenis taktik yang digunakan oleh penyeluk saku untuk mencuri wang anda.

Buku ini boleh dianggap sebagai satu buku panduan persediaan yang penting sebelum ke satu-satu negara. Ia seperti serampang dua mata kerana hampir semua tips yang dikongsi dalam buku ini boleh diguna pakai untuk ke negara lain juga.

Jujurnya, anda tak akan rugi membeli buku ini kerana banyak maklumat dan info yang boleh anda perolehi. Jadi, apa lagi? Jangan sekadar berangan, jomlah kita ke Eropah!

Pengembara Di Bumi Bersejarah: I’m A Backpacker Europe ditulis oleh Khairul Aswad
I’m A Backpacker: Europe

Buku ini ditulis oleh saudara Khairul Abdullah yang telah mengembara di seluruh Eropah dan juga negara Asia yang lain. Pengalaman beliau telah dibukukan untuk dijadikan sumber rujukan kepada pembaca yang juga menanam azam dan minat yang sama.

RM22.50 RM25.00

1 Comment
  1. […] A Backpacker: Japan, siri travelog selepas I’m A Backpacker: Europe dan I’m A Backpacker: […]

    Komen?

    Kedai Buku Online