Tidak banyak panduan yang untuk bakal ibu menyambut kelahiran anak pertama. Ramai bakal bapa yang tidak tahu, bahawa selepas contraction, si bapa mungkin menunggu satu jam hingga 13 jam untuk menanti saat kelahiran.
Saya sendiri menunggu lebih 10 jam sebelum dipanggil masuk menemani isteri di dalam dewan bersalin.
Apa yang berlaku sejurus selepas kelahiran?
Jika anda menemani isteri didalam dewan bersalin, anda akan lihat bayi yang dikandung sembilan bulan keluar dari rahim isteri anda bersama tali pusat yang belum terputus. Tahniah. Doktor/jururawat akan kepit tali pusat tersebut, dan letakkan anak di atas pangkuan ibunya. Ini penting untuk anak ada bonding dengan ibunya buat kali pertama.
Kepada yang beragama Islam, mengazankan anak yang dilahirkan adalah sebahagian daripada sunnah.
Beberapa sunnah Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam akan saya tuliskan disini.
Selepas itu, doktor akan membuat penilaian kesihatan bayi. Biasanya si ayah diminta meninggalkan dewan bersalin. Jangan risau, nanti si ayah akan bersama semula dengan si ibu dan anak di dalam wad. Yang penting, barang-barang yang wajib dibeli oleh bakal bapa dibawa bersama ke wad.
Barang-barang yang wajib beli sebelum masuk ke dewan bersalin. Kenapa wajib beli akan saya tuliskan. Yang ini bakal bapa selalu ambil ringan.
Bila boleh pulang ke rumah?
Ibu yang melalui kelahiran normal (vaginal delivery) biasanya dapat pulang pada hari pertama atau kedua selepas bersalin, bergantung kepada kesihatan ibu dan bayi.
Untuk yang melalui C-section, paling awal selepas dua hari bergantung kepada tahap kesihatan ibu dan anak.
Bila perlu jumpa doktor semula?
Ulang alik ke klinik/hospital ini biasa bagi mereka yang baru menerima cahaya mata. Ini bagi memastikan ibu dan bayi kekal sihat. Kebiasaannya temujanji yang pertama untuk pemeriksaan kesihatan bayi ialah selepas seminggu dilahirkan. Kemudian minggu kedua. Kemudian selepas usia sebulan dan dua bulan untuk suntikan vaksin.
Bayi yang kekurangan berat badan atau kekuningan (jaundice) akan lebih kerap temujanji dengan doktor.
GIPHY App Key not set. Please check settings