Ramai rakan-rakan saya menggunakan WhatsApp untuk hebahan samada iklan perniagaan, penganjuran program ataupun perkongsian maklumat. Tapi gambar yang dimuat naik ke WhatsApp akan di-compress menjadi kecil dan kabur. Maka mereka terpaksa meringkaskan poster ataupun menghantar banyak gambar (seperti spam). Saya boleh kongsikan cara desain poster WhatsApp lebih menarik!
- Dengan menggunakan Photoshop, buat satu document berdimensi 1600px tinggi dan 390px lebar.
- Tempatkan desain thumbnail pada ketinggian diantara 380px hingga 770px.
- Pastikan anda telah mengaktifkan Ruler.
View > Ruler
- Tandakan dengan Extras untuk memudahkan kerja.
View > Extras
- Penuhkan poster anda dengan maklumat-maklumat lain. Siap.
Jika anda masih baru dengan Photoshop dan belum mahir dengan Ruler atau Extras, anda boleh muat turun template .PSD yang disediakan DISINI (KLIK UNTUK MUAT TURUN).