Sehari sahaja lagi kita akan menyambut Aidilfitri, perayaan paling meriah, paling panjang bagi umat Islam di Malaysia.
Pagi raya, umat Islam akan beramai-ramai ke masjid menunaikan solat sunat Aidilfitri, menziarahi kubur, serta ziarah menziarahi menghubungkan ukhwah.
Namun kadang-kala ada adab-adab serta sunnah yang kita tinggalkan, atau mungkin lakukan tetapi dengan sambil lewa. Mungkin ini boleh dijadikan cheatsheet untuk Syawal yang bakal kita lalui nanti.
Adab Berhari Raya
1. Mandi sunat hari raya
[su_quote cite=”Tabien Said Bin Jubayr berkata : ‘Tiga perkara sunnah di hari raya iaitu antaranya : mandi sunat sebelum keluar solat hari raya'”][/su_quote]
2. Menjamah makanan sebelum keluar
Sunat makan sedikit makanan sebelum pergi bersolat Aidilfitri, manakala Aidiladha pula tidak disunatkan makan dan minum sehingga selesai solat.
3. Memperbanyakkan takbir
4. Mengucapkan selamat & mendoakan antara satu sama lain
Sunat saling mengucapkan tahniah dan doa antara satu sama lain. Hal ini berdasarkan hadis Wasilah yang diriwayatkan oleh al-Bukhari.
[su_quote cite=”Aku bertemu Rasulullah SAW pada pagi hari raya, seraya mengucapkan kepada Baginda: تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ (semoga Allah menerima daripada kami dan daripada kamu), lalu Baginda menjawab: Ya, تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ (semoga Allah menerima daripada kami dan daripada kamu).”][/su_quote]
5. Memakai pakaian baik dan cantik
6. Berjalan kaki dan balik semula melalui jalan yang lain
7. Berziarah dan berukhuwah sesama muslim
[su_quote cite=”(Riwayat Al-Bukhari & Muslim)”]Barangsiapa yang suka untuk diperluaskan baginya rezekinya, dan ditangguhkan (dipanjang) umurnya, maka hendaklah dia menyambung (mengukuh) hubungan persaudaraannya.[/su_quote]
Kesilapan Lazim Sepanjang Aidilfitri
Antara kesilapan yang lazim dilakukan dan harus kita perbaiki untuk Aidilfitri kali ini ialah:
- Bersentuhan dan berjabat tangan dengan bukan mahram.
- Tidak menjaga aurat dihadapan saudara mara, khususnya keluarga ipar.
- Memijak atau duduk diatas kuburan orang lain ketika menziarahi kubur keluarga/saudara mara.
- Menziarahi rumah sanak saudara terlalu lama sehingga timbul rasa tidak senang tuan rumah dan tetamu lain.
- Kurang bersedekah dan memberi bantuan kepada fakir miskin, anak yatim dan mereka yang lebih memerlukan.
Rujukan:
- Hari Raya Idilfitri : Yang Perlu & Yang Jangan DiLakukan (Zaharuddin.net)
- Bayan Linnas: Adab Berhari Raya dan Kesilapannya (muftiwp.gov.my)
One Comment
Leave a ReplyOne Ping
Pingback:Ringkasan: Hukum Mengucapkan Merry Christmas - AkmalFadhil.com