15 49.0138 8.38624 1 0 4000 1 https://akmalfadhil.com 300 true 0
Charity Wash 2.0 #projekprihatin

Charity WASH 2.0: Mencuci Sambil Menyumbang

0 Comments

12 September 2015, Sabtu – #ProjekPRIHATIN menganjurkan cucian amal (Charity Wash 2.0) buat kali kedua.

Bertempat di Surau al-Ihsan Taman Desa Minang, Gombak, cucian amal ini bertujuan mengumpul dana bantuan kepada Rumah Perlindungan Al-Nasuha.

Cucian amal yang bermula pada jam 9 pagi hingga 4 petang ini berjaya mengumpul sebanyak RM747 dengan tenaga kerja 10 orang sukarelawan.

#ProjekPRIHATIN ialah inisiatif belia IKRAM daerah Batu untuk mengumpulkan belia-belia yang berminat melakukan kerja-kerja amal.

Mereka yang berminat bolehlah mendaftar sebagai sukarelawan.

Next Post
Tambah Like FB Page Cara Pantas

0 Comments

Leave a Reply