Za’ba: Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri (DBP)

Hasil karya Za’ba ini menyimpulkan kelemahan sahsiah adalah punca utama kelemahan sesuatu bangsa. Menurut Za’ba kemunduran orang Melayu disebabkan sebahagian besarnya kerana mereka tidak percaya pada kebolehan diri sendiri, lemah cita-cita, kurang hemah dan terlalu menggantungkan diri dan harapan kepada orang lain. Orang Melayu lebih cenderung meminta bantuan dan pertolongan orang lain.

Kekayaan saudagar pundi-pundi emasnya. Kekayaan pendeta keping-keping kertasnya.

Zainal Abidin Bin Ahmad (Za'ba)

Hidup kita di dunia beramal dan berkerja. Berjuang dan berlawanan seperti di dalam perlumbaan. Kita menjalankan segala urusan tanpa mengharapkan bantuan daripada orang lain untuk membantu atau menyempurnakan tugas. Tanggungjawab yang dipikul hendaklah disempurnakan dengan sebaik-baiknya dan menganggapnya sebagai satu kewajipan ke atas diri kita kerana kebiasaannya orang yang tekun dan sabar pasti mendapat bantuan dari Allah dan akhirnya berjaya.

Sikap yang di katakan bergantung kepada diri sendiri ialah melakukan apa saja dengan bertanggungjawab serta sanggup menanggung segala akibat yang bakal menimpa dari tindakannya itu. Tidak mengharap orang lain membantunya atau menangung segala apa yang di lakukannya kerana dia yang bertanggungjawab keatas segala-galanya kecuali sesuatu itu memerlukan bantuan orang lain.

Berasa sangat beruntung dapat membaca buku tokoh pembaharuan yang pernah diharam agamawan konservatif. Diakui memang terduduk mengaduh membaca pandangan jujur ZA’BA akan bangsanya yang hidup mati selamanya bergantung pada insan dan bukan berusaha sendiri sambil menyerahkan harapan pada Tuhan. Sentap yang membawa pencerahan, tak mungkin kuharamkan tulisan kebenaran seorang Pendeta.

Najihah
Buku Perangai Bergantung pada Diri sendiri

Hasil karya Za'ba ini menyimpulkan kelemahan sahsiah adalah punca utama kelemahan sesuatu bangsa. Menurut Za'ba kemunduran orang Melayu disebabkan sebahagian besarnya kerana mereka tidak percaya pada kebolehan diri sendiri, lemah cita-cita, kurang hemah dan terlalu menggantungkan diri dan harapan kepada orang lain.

RM15.00

Pertanyaan atau Komen?

      Komen?

      Kedai Buku Online