Editor choice

Orkes Masyarakat Manusiawi

Orkes Masyarakat Manusiawi cuba membawa pembaca untuk melihat islam yang bukan sekadar mengenai hukum hakam tetapi secara syumul.

Fiqh Muwatanah yang seharusnya diketengahkan dalam masyarakat majmuk yang berbilang kaum dan agama diberikan penjelasan yang mendalam dalam buku ini. Ilmuwan seperti Dr. Siddiq Fadzil dan Ustaz Muhammad Nur Manuty adalah antara Tokoh yang selalu mengetengahkan mengenai Fiqh Muwatanah ini.

Teguran juga diajukan kepada ulama sebagai pemimpin yang terlalu ditaksubkan sehingga langsung tidak boleh dikritik, sedangkan Khalifah Umar Al Khattab juga bebas dikritik dan membuka ruang bagi proses kritikan berlaku.

Juga disentuh mengenai para asatizah yang kurang ‘Manusiawi ‘ yang kerja nya hanya berucap, mendikte tetapi gagal memimpin masyarakat dalam konteks kehidupan seharian. Kesimpulannya buku ini mudah difahami dan tentunya sesuai dibaca oleh orang awam.

M. Azhaari Shah

Di Malaysia dewasa ini, suasana mempergunakan agama untuk melarikan rakyat dari isu sebenar semakin ketara. Di satu sudut terdapat pihak yang oportunis untuk mengekalkan kekuasaan dan korupsi mereka dengan membangkitkan isu berkaitan sentimen agama.

Golongan ini cuba mewujudkan sinonim bahawa mempertahankan agama adalah selari dengan agenda mengekalkan kekuasaan mereka. Mempertahankan agama pula ditonjolkan di dalam kerangka isu-isu sensitif melibatkan perkauman dan juga keagamaan. Mempertahankan agama menurut pentafsiran mereka adalah dengan meletakkan golongan berkepentingan ini di tempat yang tinggi dan kemudiannya mereka bebas melakukan korupsi, rasuah, memperbanyakkan aktiviti maksiat, tetapi di dalam masa yang sama menafikan hak-hak penganut agama lain.

3.8/5 untuk Orkes Masyarakat Manusiawi tulisan Dr Maszlee Malik. Buku ini sesuai untuk ‘beginner’ yang mahu mula berjinak jinak dengan konsep Islam yang lebih meluas, konsep Islam yang selari dengan Islam sebagai rahmat bagi sekalian alam. Penceritaan dari setiap bab boleh dikatakan komprehensif walaupun tidak terlalu mendalam. Suka bagaimana si penulis mengaitkan satu bab ke satu bab yang lain. Bahasa yang digunakan pun mudah, senang difahami. Pembacaan yang sangat disyorkan untuk pembaca ‘beginner’ yang baru mula berjinak jinak dalam genre sebegini!

Nabilah Firdaus
Buku Orkes Masyarakat Manusiawi

Orkes Masyarakat Manusiawi cuba membawa pembaca untuk melihat islam yang bukan sekadar mengenai hukum hakam tetapi secara syumul.

RM25.00

Orkes Masyarakat Manusiawi
Editor choice
Pertanyaan atau Komen?

      Komen?

      Kedai Buku Online