Hati Derita Kerana Dunia: Nasihat Buat Hati

Manusia paling baik adalah mereka yang mampu memaafkan orang yang pernah berbuat salah kepadanya serta mampu membalas kejahatan orang lain dengan kebaikan.

Petikan Nasihat Buat Hati

Penulis pertama buku adalah Habib Ali Zaenal Abidin. Beliau merupakan tokoh ilmuan yang sering muncul di kaca TV.

Merupakan graduan lulusan Al Azhar yang sekarang ini sedang melanjutkan pelajaran di tahap PhD di UIAM. Mohd Khairil Ismail pula merupakan graduan Bahasa Arab dan Fiqh Al Islami dari UIAM.

Manakala seorang lagi penulis berbakat iaitu Nur Mohamad Adli bin Rosli pelajar tahun akhir jurusan Kejuruteraan Mekanikal, UIAM.

Buku yang bertemakan nasihat ini merangkumi 29 nasihat berguna, memberi resepi untuk kehidupan bagi bekalan dihari perhitungan.

Antaranya nasihat yang terkandung dalam buku ini takwa, taubat, ibadat, ujian dan dugaan, memperbanyakkan sedekah, cara menjadi Mukmin yang kuat serta banyak lagi.

Nasihat Buat Hati ini mengajak individu untuk lebih mensyukuri kehidupan dengan meletakkan diri sebagai dai, berusaha agar tidak menyusahkan orang lain serta dalam masa yang sama tidak mudah menghukum orang lain.

Peringatan juga diberikan agar individu waspada dalam mengucapkan perkataan ‘kalau’ kerana ia membawa kepada sifat putus asa yang merugikan diri.

Pendekatan penulisan yang digarap dengan bahasa yang mudah difahami serta adanya gaya ‘story telling’ yang mengambil ibrah bersumberkan al Quran dan as Sunnah menjadi satu daya tarikan kepada buku ini.

Selain itu, buku walaupun berbentuk nasihat, namun begitu ia mampu menyuntik motivasi  dan mengetuk hati pembaca dengan adanya nasihat yang berisi, kena pada tempatnya serta tidak terlalu keras dalam meberi peringatan.

Bersesuai dengan fenomena ketika ini, apabila ramai di luar sana yang tercari-cari penawar untuk jiwa dan ubat ketenagan hati, maka buku ini adalah jawapannya.

Naskah ini amat bersesuaian untuk dibaca oleh semua latar belakang masyarakat.

Memetik hadis Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud “Agama itu Nasihat”. Maka penerbitan buku ‘Nasihat Buat Hati’ yang memetik kisah-kisah dari al Quran dan Hadis, perlu dimiliki oleh pembaca yang sentiasa mahu menambah ilmu pengetahuan, malah buku ini perlu menjadi sebahagian dari koleksi buku yang perlu dimiliki dan dibaca.

Ulasan disediakan oleh Dr Sakinah Salleh

 

Buku Nasihat Buat Hati

Buku yang bertemakan nasihat ini merangkumi 29 nasihat berguna, memberi resepi untuk kehidupan bagi bekalan dihari perhitungan.

RM9.00 RM10.00

2 Comments
  1. […] ini menyenaraikan kelemahan-kelemahan yang perlu diperbaiki, sekaligus sebagai penunjuk arah kepada muhasabah diri dan bangsa, agar tidak terus alpa dan ditinggalkan bangsa-bangsa […]

  2. […] Buku kedua Habib Ali Zaenal Abidin yang mengumpulkan 40 nasihat. Kesinambungan judul bestseller Nasihat Buat Hati. […]

    Komen?

    Kedai Buku Online