Tauhid Tiga Serangkai, Ekstremis Agama & Hadis Palsu

0

Seringkali ada orang mendakwa melihat hantu, tetapi jika diminta membuktikan dakwaannya, maka orang itu gagal. Begitulah hari ini, ada golongan menuduh sebahagian orang sebagai sesat, pengganas (Terrorist) dan sebagainya. Sedang orang yang dituduh itu tidak tahu kerana apa ia dituduh! Lalu jadilah mereka golongan yang ekstrem.

Hari ini manusia cari duit dengan busking main gitar, tapi zaman dulu (Zaman Tabiin) sudah muncul manusia yang busking dengan hadis. Mereka membaca hadis-hadis yang pelik dan palsu, lalu lagi tebal sampul (upah) mereka terima dan lagi glamor. Ada juga yang reka dan sampaikan hadis palsu kerana ingin mengampu pemerintah. Golongan ini mencari makan dengan ceramah mereka yang pelik-pelik.

Buku Tauhid Tiga Serangkai, Ekstremis Agama & Hadis Palsu ini cuba menjelaskan beberapa isu berkaitan di atas. Semoga menjadi tatapan bermanfaat.

Tulisan Dr. Muhammad Rozaimi bin Rosli

1 Comment
  1. […] Nabi Muhammad SAW. Namun, di zaman ini, sudah banyak golongan-golongan pemalsu hadis yang mencipta hadis-hadis palsu yang digembar-gemburkan sebagai benar. Ini bercanggah dengan ajaran Islam dan mungkin akan […]

Leave a reply

Mvslimah
Logo
Shopping cart