Buku Mulakan Bisnes Sendiri ini dikemas kini daripada segi bahasa dan susun atur bagi meningkatkan penampilan dan kualitinya. Buku ini memberi panduan dan tip kepada sesiapa sahaja yang berminat memulakan perniagaan sendiri.
Antara perkara menarik yang disentuh di dalam buku ini seperti bagaimana memilih calon isteri untuk usahawan, bagaimana memilih syarikat dan sektor bisnes, bagaimana memilih rakan kongsi dan bagaimana syarikat dirompak dan perkara baik yang membahayakan.
Isi Kandungan
Bahagian 1: Sebelum Memulakan Bisnes Sendiri
- Kisah Benar Seorang Jutawan
- Bakat Bisnes
- Calon Isteri untuk Calon Usahawan
- Halangan Keluarga
- Rekod Sebelum Berniaga
- Menyediakan Anak Menjadi Usahawan
- Biasiswa dan Bisnes
Bahagian 2: Mitos dalam Dunia Bisnes
- Usahawan, Cinta dan Seks
- Formula Berjaya dalam Bisnes
- Orang Bisnes dan Risiko
- Pandai Bersaing
- Bisnes Part-Time
- Semua Orang Boleh
- Imej Penting untuk Bisnes
- Pelanggan Kaya
- Usahawan Cina Bunuh Melayu
- Berniaga dengan Keluarga
- Jurujual Hanya bagi Bisnes Besar
Bahagian 3: Memilih Syarikat dan Sektor Bisnes
- Memilih Jenis Syarikat
- Mencari Nama Syarikat
- Memilih Jenis Bisnes
- Bisnes Pengeluaran
- Bisnes Berdagang
- Bisnes Perkhidmatan
- Mulakan Secara Kecil-kecilan
Bahagian 4: Perkara Baik yang Membahayakan
- Duit Banyak
- Bisnes Terlampau Baik
- Bisnes Terlalu Laku
Bahagian 5: Motivasi Memulakan Bisnes
- Apa Sebab Hendak Berniaga
- Pandai Membuat Produk
- Menyelesaikan Masalah Kewangan
- Hendak Menjadi Jutawan
- Peluang Mendapat Bisnes
- Mempunyai Modal Berniaga
- Berniaga Sebab Diajak Berniaga
Bahagian 6: Latar Belakang Usahawan Baru
- ‘Orang Pandai’ Memulakan Bisnes
- Pekerja ‘Cemerlang’ Membuat Bisnes
- Orang Korporat Membuka Bisnes
- Lulusan Luar Negara Membuka Bisnes
- Isteri Orang Kaya Mahu Berniaga
- Anak Orang Kaya Mahu Berniaga
Bahagian 7: Politik dan Usahawan
- Berkawan dengan Orang Politik
- Bantuan Orang Politik
- Aiskrim Orang Politik
Bahagian 8: Memilih Rakan Kongsi
- Mencari Rakan Kongsi
- Memilih Rakan Kongsi
- Dua Rakan Kongsi
- Rakan Kongsi RM1
- Rakan Kongsi Tanpa Modal
- Rakan Kongsi Tidur
- Rakan Kongsi Suami Isteri
- Majikan Sebagai Rakan Kongsi
- Rakan Kongsi Nasi Padang
- Bercerai dengan Rakan Kongsi
Bahagian 9: Bagaimana Syarikat Dirompak
- Dirompak oleh Rakan Kongsi Sendiri
- Dirompak oleh Pengerusi Sendiri
- Dirompak oleh Kakitangan Sendiri
- Dirompak oleh Konsultan Sendiri
- Merompak Syarikat Sendiri
Bahagian 10: Perniagaan Gerai dan Restoran
- Membuka Kedai Makan
- Kalah Bersaing
- Menjaga Pembekal
- Menolong Jiran Niaga
- Memilih Kedudukan Gerai
- T.V, Radio dan Anak-anak
- Meja Restoran Cina
- Pinggan Restoran Cina
- Pinggan Restoran Nasi Padang
Bahagian 11: Gol Sebagai Senjata Kejayaan
- Gol Sebagai Senjata Kejayaan
Biodata Penulis
Ainon Mohd merupakan pemegang ijazah sarjana muda dalam bidang linguistik dari Universiti Malaya dan ijazah sarjana dalam bidang yang sama dari Leeds University. Beliau juga pernah mengikuti kursus kedoktoran dalam bidang psikologi di Universiti Putra Malaysia dan merupakan pemegang Diploma Penterjemahan dan Interpretasi dari Universiti Malaya. Memulakan kerjaya di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan telah berkhidmat di DBP dari tahun 1973 hingga tahun 1988. Sepanjang berkhidmat di DBP, beliau telah memegang pelbagai portfolio termasuk Pegawai Penyelidik Bahasa dan Sastera, Ketua Unit Terjemahan Sastera, Ketua Unit Penyelidikan Bahasa dan terakhir sekali sebagai Ketua Bahagian Terjemahan.
[…] Memulakan Bisnes Sendiri Edisi Kemaskini dikemas kini daripada segi bahasa dan susun atur bagi meningkatkan penampilan dan […]