RM28.50 RM30.00 BELI SEKARANG

Kalam Allah: 25 Ayat Al-Quran Pilihan

0

Al-Quran diturunkan sebagai petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa. Dalam Al-Quran, terdapat banyak pesanan dan panduan, untuk bekalan seorang hamba menyempurnakan kembaranya di dunia dengan baik.

Buku 25 Ayat Al-Quran Pilihan: Muhasabah Jiwa dan Minda, sebagaimana tajuknya, mengambil 25 ayat Al-Quran untuk dijadikan refleksi dan titipan para pembaca, sebagai jentikan minda dan rohani, untuk masing-masing kembali menilik peribadi dan keadaan sekeliling.

Apakah kita berada dalam batas panduan Al-Quran? Ataupun sebenarnya hidup kita sudah jauh tersasar?

Masa untuk kembali bermuhasabah.


 

Penulis buku ini adalah Hilal Asyraf yang merupakan penulis motivasi Islamik yang tidak asing dalam kalangan  pembaca. Beliau banyak menulis buku selain menulis artikel-artikel di website. Buku 25 Ayat Al Quran Pilihan Muhasabah Jiwa dan Minda ini mempunyai kelainan tersendiri berbanding tulisan beliau sebelum ini.

Buku yang dicetak berwarna-warni ini terbahagi kepada 25 bab yang disusun berpanduan surah-surah yang terpilih. Pada setiap bab tersebut disertakan ayat dan topik berkenaan isi kandungan ayat-ayat yang diulas oleh penulis.

Dengan adanya gambar-gambar yang disertakan pada setiap bab, ia membantu pembaca untuk tidak jemu meneruskan pembacaan dan menghayati setiap ayat yang diulas.

Penulis juga begitu kreatif dalam memberikan ulasan pada setiap ayat dengan membawakan ulasan setiap ayat dari kupasan As Syahid Syed Qutub yang mengupas surah-surah berkenaan dalam tafsir beliau Fi Zilalil Quran.

Pilihan penulis bagi tafsir ini kerana pendekatan tafsir ini mudah dicerna dan difahami oleh pembaca. Pendekatan penulis dengan memberi motivasi dan kata-kata perangsang dengan berfokus kepada tadabbur ayat-ayat al Quran adalah satu kelainan.

Dengan pendekatan sebegini, pembaca tidak hanya mendapat suntikan semangat dan motivasi dari garapan penulis bahkan dapat memahami isi-isi kandungan al Quran dan menghayatinya.

Buku yang bertemakan ayat al Quran ini disertakan tajuk yang menarik. Antara tajuk kupasan penulis berdasarkan ayat-ayat al Quran tersebut adalah; menyelami makna khalifah, hakikat kehambaan, masa dan kehidupan, susah bersulam kesenangan, sumber ketenangan orang beriman, serulah dengan bijaksana, kerdilkan diri berdoalah dan banyak lagi.

Gaya penulisan penulis yang lebih merujuk diri sendiri serta pengalaman beliau dalam kehidupan, secara tidak langsung membawa pembaca dekat dengan isu yang dikupas.

Ini sekaligus dapat memberikan impak kepada elemen motivasi pembaca. Ia amat membantu kepada dakwah dan dapat mengajak pembaca untuk melihat al-Quran lebih dari sebagai bahan bacaan, bahkan ia menjadi sumber bagi membantu individu bagi menyemarakkan semangat diri dan mempraktikkan ajaran dan suruhan Islam.

Penulisan yang mengambil intipati dari al Quran bagi mendorong pembaca ini menggunakan gaya bahasa yang mudah untuk difahami dan praktikkan.

Ia merupakan satu bimbingan yang padat dengan motivasi dan saranan bersandarkan ayat-ayat daripada al Quran. Bak kata penulis ‘agar kehidupan terancang dan bukan sekadar sembang-sembang’.

Memetik ayat 197, surah Al Baqarah, yang bermaksud “Berbekallah kamu, sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah al Quran”.

Ulasan disediakan oleh Dr Sakinah Salleh

We will be happy to hear your thoughts

Leave a reply

Mvslimah
Logo
Shopping cart