Ceritera Haji Wartawan Al-Quran – Tuhan, Kami Datang

0

Syurga itu bukan murah harganya. Sekiranya dinilai dengan nilai emas sebesar bumi sekalipun, sekada luas satu ‘kaki’ tanah syurga pun masih tidak mampu kita beli. Oleh kerana mahalnya syurga sebagai ganjaran kepada haji mabrur, sudah pasti ia mempunyai syarat yang perlu dipatuhi serta dijaga.

Dr. Abdul Basit, Wartawan Al-Quran
Ceritera Haji Wartawan Al-Quran – Tuhan, Kami Datang adalah sebuah catatan travelog haji. Ia mengandungi kisah-kisah pendek yang menarik, dan dikaitkan dengan tafsir Al-Quran.

Isi Kandungan

  • BAB 1: KISAH SEBELUM HAJI 1436H
  • Empat Hari Berbaki
  • Terkena Mukjizat Nabi Ibrahim a.s.
  • Doa supaya Mendapat Jemputan Istimewa daripada Allah s.w.t.
  • 20 Visa Ihsan dan Rahsia Doa
  • Lembut Hati Encik Polis Trafik
  • Perlu Berangkat Pagi Ini!
  • Tragedi Visa KT65
  • Pulang Kembali ke Rumah
  • Kisah Pasport dan Hari Khamis yang Tragis
  • Ujian Kecil di UTC Keramat
  • Keajaiban Doa Musibah
  • Insya Allah, Belanja Haji akan Berganti
  • Haji Berlari-Lari pada Hari Jumaat
  • BAB 2: KISAH DALAM DAN SELEPAS HAJI 1436H (PENGALAMAN YANG TIADA GANTI)
  • Isytihar Pemergian Haji, Adakah Relevan?
  • Tadabbur Ayat Haji pada Hari Tarwiyah
  • Sesi ‘Kultuj’ dengan Isu Dua Akhirat Bernisbah Satu Dunia
  • Tazkirah Tafsir di dalam Khemah Arafah
  • Doa yang Disimpan Allah s.w.t. Sebagai Bekal Menghadapi Ujian Haji
  • Bisikan Syaitan di Tanah Suci
  • Sujud adalah Nikmat yang Begitu Besar
  • Keajaiban Sang Angin dalam Sesi Taaruf Jemaah Haji
  • Ceramah Muhasabah selepas Haji: Haji Bukan Sekadar Gambar dalam Bingkai Gambar
  • Muhasabah selepas Haji: Rinduilah Rumah Ini
  • Nasihat Ustaz Pahrol dari Atas Bumbung Masjidil Haram
  • Keajaiban Doa di Tanah Suci: Bertemu Khadijah dan Melihat Kren Runtuh?
  • Pakej VVIP Tidak Mendapat Nikmat Ibadat Haji?
  • Tauhid adalah Visa ke Syurga
  • Ekspedisi Gua Hira’: Bukit dan Wahyu
  • Bonda Rahimah Binti Mat Esa Dijemput oleh Allah s.w.t.
  • Contohi Ahli Al-Quran dari Algeria Ini jikalau Mahu Hafazan Kamu Mantap
  • Al-Quran adalah Cahaya dan Gerbang Utama Mengenal Allah s.w.t.
  • Pahala Mudah dengan Memberi Air
  • Tanah Suci yang Memurahkan Tangisan
  • Kebangsaan Menjadi Lebur di Tanah Suci Makkah
  • Bahaya Kesesatan dan Kegelapan Jiwa Disuluh Terang oleh Syeikh As-Sudais
  • Apabila Muslim Askole, Shigar Baltistan Bertemu Muslim Malaysia
  • Ayat yang Lazat tentang Kasih Ibu Bapa, Usia 40, dan Kesederhanaan Hidup
  • Keadilan dan Kekuasaan Allah s.w.t. dalam Gambaran Biji Kurma
  • BAB 3 – NOTA HAJI DI MADINAH
  • Kisah Kewafatan Rasulullah s.a.w.
  • Kubur Nabi Isa a.s. di Madinah?
  • Ahli Masjid Quba’ Dipuji kerana Kebersihan Mereka yang Luar Biasa
  • Tukar Perigi dan Nikmat Kebun Kurma dengan Syurga
  • Postmorterm Uhud: Dunia adalah Ujian untuk Semua Manusia
  • Si Tempang yang Kekal Utuh Jasadnya selepas 46 Tahun
  • Kisah Orang Mengantuk dalam Perang Badar dan Uhud
  • Kisah Mubahalah Nasrani dan Yahudi di Madinah
  • Cerita Bawang dan Rokok di Masjid Nabawi
  • BAB 4 – SELEPAS HAJI DAN PENUTUP
  • Saf Solat dan Penutup Haji yang Manis
  • Sayap Kapal Terbang dan Sayap Malaikat
  • Terima Kasih Allah s.w.t. kerana Menyelamatkan Kami
  • Penutup dan Istiqamah selepas Haji


Haji Ada Ceritanya Sendiri: Ceritera Haji Wartawan Al-Quran

Menunaikan haji bagi yang berkemampuan adalah rukun Islam kelima yang wajib untuk ditunaikan apabila memenuhi syarat-syaratnya.

Namun, ramai yang tidak sedar, berkemampuan dan cukup syarat semata-mata tidak membolehkan seseorang itu dapat menunaikan haji.

Faktor terbesar dan utama adalah ‘jemputan’ daripada Allah s.w.t. mengatasi segala-galanya.

Andai penuh kemampuan, harta melimpah ruah sekalipun, namun apabila ia bukan dalam ketetapan Allah untuk dijemput sebagai tetamu, maka dia tidak akan dapat pergi. Begitu juga sebaliknya apabila kita melihat ramai juga yang secara fizikal melalui kedudukan kewangan tidak mampu menunaikan ibadah agung ini, tiba-tiba mereka yang berjaya pergi ke sana berbanding dengan mereka yang lebih mampu.

Kerja siapa semua ini yang membolehkan dan tidak membolehkan, yang menjemput dan tidak menjemput?

Pastinya kita akan berbalik dengan rasa rendah diri menginsafi ini sepenuhnya atas budi bicara Allah s.w.t.

Cerita orang pergi haji ini sebenarnya banyak dan meluas dalam kalangan masyarakat kita. Baik mulut ke mulut, malah beberapa majalah sensasi.

Belum campur dengan media Internet. Banyak! Maka apa yang buat buku ini berbeza?

Bagi saya buku ini jauh berbeza kerana ia pengalaman yang dirakam oleh ‘wartawan Al-Quran’.

Tidak ada satu pun pengalaman sama ada besar mahupun kecil yang direkodkan dalam buku ini melainkan penulis dengan anugerah Al-Hafiz yang dikurniakan Allah berjaya mengaitkan dengan ayat-ayat Al-Quran.

Kita sering dijamu dengan cerita mistik yang berlaku di sana. Namun, cerita yang disampaikan membuatkan kita lebih takjub dan asyik dengan ceritanya, bukan kepada yang menjadikan cerita itu berlaku (Allah). Kehebatan buku ini adalah apabila ayat Al-Quran itu hidup dalam setiap derap kaki, penglihatan, dan pendengaran penulis sehingga semuanya ditimbang melalui neraca Al-Quran.

Barulah Al-Quran itu hidup dan dibuktikan sebagai mukjizat akhir zaman yang relevan tanpa mengira masa dan tempat.

Satu lagi kehebatan buku ini apabila penulis secara jelas menggambarkan peristiwa getir sebelum, semasa, dan selepas menunaikan haji.

Sebak apabila mengenangkan ujian demi ujian yang datang kepada penulis dan pasangan.

Beberapa kali tidak ‘dijemput’ Allah sekalipun sudah membuat segala persediaan yang perlu.

Lalu, Dia menggantikan kesukaran itu dengan dikurniakan melaksanakan ibadah ini di bawah bimbingan seorang ulama’ tersohor.

Begitu banyak input melalui kalam ulama’ tersebut yang terkenal dengan gelaran Abu Anas Madani ini.

Kalam itu dimuatkan dalam buku sederhana tebal dan bersifat santai.

Ia menjadikan pembaca bagai ‘disihir’ apabila terasa seakan-akan ada bersama dua insan hebat ini ketika perjalanan penuh mencabar itu.

Juga menyentuh hati apabila penulis mendapat berita pemergian ibu mertua di kampung.

Sebuah ujian besar dan bagaimana nyawa keluarga penulis terancam apabila hampir terlibat dalam kemalangan selepas pulang ke tanah air.

Peristiwa ini berlaku ketika mereka pulang ke kampung bagi menziarahi kubur ibu mertuanya.

Buku ini, bagi saya tidak mempunyai kelemahan ketara. Sekadar mencadangkan buku ini lebih enak dihidang dalam format seakan-akan diari.

Menceritakan sesuatu berdasarkan hari demi hari lebih memberi kesan kepada pembaca dan memudahkan bagi menangkap latar tempat yang memainkan peranan.

Namun seperti diberitahu, ia bukanlah kelemahan ketara. Ini kerana, penulis sendiri bukan bercadang untuk pergi menunaikan haji kemudian menghasilkan buku.

Penghasilan ini berlaku selepas dicadang ketika berada di sana. Malah, pasti agak terganggu untuk merekod setiap hari sedangkan dalam beberapa waktu kritikal yang perlu mengejar masa dan memenuhkan konsentrasi dalam menghadap Allah. Perkara sebegini bukan lagi prioriti.

Namun, saya mendoakan supaya Allah menjemput lagi penulis ini ke rumah-Nya bagi membuat liputan yang lebih baik, sekali gus menjadi teladan buat umat.

Ulasan disediakan oleh Nik Aziz Afiq
We will be happy to hear your thoughts

Leave a reply

Mvslimah
Logo
Shopping cart