Buat Duit dengan Uber

0

Ingin buat duit dengan Uber?

Selama ini, kita menganggap kereta yang kita miliki adalah satu bentuk liabiliti yang tidak mampu memberi sebarang pulangan.

Namun, pada hari ini, kereta juga mampu menjana pendapatan. malah, lebih hebat kereta yang kita miliki, lebih tinggi pendapatan yang mampu diperoleh.

Buku Buat Duit dengan Uber ini memfokuskan bagaimana kita mampu menjana pendapatan dengan menawarkan servis pengangkutan kepada orang lain.

Isi Kandungan

  • Bagaimana Uber Buat Duit untuk Kita
  • Mendaftar dengan Uber
  • Merancang Sasaran Pendapatan
  • membina Network dan Menyertai geng Uber
  • Mempelbagaikan Sumber Pendapatan
  • Peraturan dan Undang-Undang yang Perlu Diketahui
Uber adalah perusahaan jaringan pengangkutan yang berasal dari San Francisco, California. Uber dibina sebagai aplikasi telefon pintar yang menghubungkan penumpang dengan pemandu kendaraan sewaan. Uber mengatur sewaan pengangkutan di lebih 400 bandar seluruh dunia.

Uber semakin popular dan disukai pengguna disebabkan tambangnya lebih murah berbanding teksi dan perkhidmatan yang disediakan lebih selesa. Hal ini kerana pengguna tidak perlu untuk keluar mencari teksi dan hanya perlu menunggu di rumah untuk menempah Uber.

Selain itu, pengguna uber tidak perlu risau mengenai kadar bayaran kerana telah diketahui awal dan tidak perlu membawa wang tunai yang banyak jika hendak ke destinasi lebih jauh kerana tambangnya sudah ditolak daripada akaun pengguna itu sendiri.

Seperti sedia maklum perhidmatan Uber menggunakan applikasinya sendiri. Selain untuk menempah dan membayar tambang applikas ini juga dilengkapkan dengan Peta Google dan Waze. Ini memudahkan pengguna dan pengguna boleh melihat sendiri jarak dan laluan yang akan dilalui tanpa ada unsur penipuan.

Jika pengguna ingin melalui jalan yang diketahui, dia boleh dimaklumkan kepada pemandu Uber kerana perkhidmatan uber yang lebih mesra pelanggan dan mengutamakan kepuasan penggunanya.

Selain itu, keistimewaan uber yang lain ialah pengguna boleh menikmati perjalanan percuma dengan berkongsi kod referral (kod rujukan) pengguna itu sendiri kepada rakan-rakan atau boleh juga menggunakan kod-kod promosi yang akan dihantar melalui sms.

Dari aspek keselamatan, pengguna Uber lebih berasa selamat kerana mempunyai maklumat lengkap pemandu Uber. Pemandu pula perlu berdaftar dengan pihak pengurusan Uber, dan menariknya, setiap kali sebelum turun meninggalkan kereta Uber, pengguna perlu memberikan markah atau bintang terhadap kualiti pemandu. Di sini, jaminan keselamatan pengguna terpelihara.

Ismaweb

Peluang untuk buat duit sampingan dengan JUJUR dan BERKAT. Dapatkan buku Buat Duit Dengan Uber, Buat Duit Dengan Dropship, Buat Duit Dengan Mudah.my dan Buat Duit Dengan Facebook & Instagram sekarang!

4 Comments
  1. […] untuk buat duit sampingan dengan JUJUR dan BERKAT. Dapatkan buku Buat Duit Dengan Uber, Buat Duit Dengan Dropship, Buat Duit Dengan Mudah.my dan Buat Duit Dengan Facebook & Instagram […]

  2. […] untuk buat duit sampingan dengan JUJUR dan BERKAT. Dapatkan buku Buat Duit Dengan Uber, Buat Duit Dengan Dropship, Buat Duit Dengan Mudah.my dan Buat Duit Dengan Facebook & Instagram […]

  3. […] untuk buat duit sampingan dengan JUJUR dan BERKAT. Dapatkan buku Buat Duit Dengan Uber, Buat Duit Dengan Dropship, Buat Duit Dengan Mudah.my dan Buat Duit Dengan Facebook & Instagram […]

  4. Alhamdulillah, tak mustahil memandu pun boleh jana pendapatan yang lumayan 🙂

Leave a reply

Mvslimah
Logo
Shopping cart