Buat Duit Dengan Facebook & Instagram

0

Pada April 2012, Facebook telah membeli Instagram dengan nilai 1 juta dollar USD, sekaligus menjadi medium sosial paling aktif malah lubuk buat duit paling berpotensi.

Media sosial seperti Facebook (FB) dan Instagram kini bukan lagi sekadar medan berkongsi pendapat, video-video viral, serta gambar semata-mata, tetapi boleh dijadikan sebagai lubuk pendapatan. Sekiranya kena pada caranya, FB dan Instagram mempu memberikan hasil yang lumayan kepada sesiapa sahaja yang bijak menggunakan medium ini. Soalnya, bagaimana?

Buku Buat Duit dengan FB & Instagram ini memfokuskan tentang bagaimana kita dapat memperoleh pendapatan dengan menggunakan platform media sosial. Antara topik yang dibincangkan dalam buku ini termasuklah:

  • Asas Perniagaan Internet
  • Sasaran Pasaran
  • Modal
  • Pendaftaran Perniagaan
  • Strategi Meningkatkan Followers dan Likes
  • Selepas Jualan

Potensi bisnes menerusi FB dan Instagram ini begitu besar memandangkan rata-rata individu di Malaysia malah luar negara memiliki laman sosial ini. Jadi, apa alasan kita untuk tidak menjana pendapatan menerusi platform yang ada ini?

Peluang untuk buat duit sampingan dengan JUJUR dan BERKAT. Dapatkan buku Buat Duit Dengan Uber, Buat Duit Dengan Dropship, Buat Duit Dengan Mudah.my dan Buat Duit Dengan Facebook & Instagram sekarang!


Bagaimana Membina Pendapatan? Mari Buat Duit Dengan Facebook dan Instagram

Perniagaan atas talian atau online busines tidak asing lagi kerana kini banyak produk dijual atas talian bak cendawan tumbuh selepas hujan, khususnya menggunakan medium media sosial.

Secara purata, hampir kesemua individu mempunyai akaun Facebook mahupun Instagram.

Ini memberi kelebihan kepada peniaga atas talian kerana boleh memperoleh pelanggan yang ramai hanya berhubung di hujung jari.

Namun begitu, adakah anda mengetahui cara yang betul bagi menjalankan perniagaan atas talian?

Penulis memberikan panduan bagi menjana pendapatan dengan Facebook dan Instagram. Panduan yang dikongsikan menggunakan bahasa yang mudah difahami dan sesuai untuk semua peringkat umur.

Buku ini juga disertakan dengan gambar yang jelas bagi memudahkan pembaca mengikuti langkah-langkah yang dinyatakan.

Panduan yang dikongsikan merangkumi proses sebelum memulakan perniagaan sehinggalah aktiviti selepas perniagaan.

Ini bermakna, pembaca dapat mempelajari cara yang betul bagi menjalankan perniagaan atas talian dari langkah yang paling asas.

Bagi memudahkan pembaca, penerangan langkah-langkah ini turut disertakan dengan tip dan maklumat tambahan yang berguna.

Penulis juga turut memberikan cadangan bagi menjalankan perniagaan atas talian.

Buku Siri Buat Duit Dengan Facebook dan Instagram bukan sahaja sesuai kepada pembaca yang berminat menjalankan perniagaan atas talian, tetapi juga boleh dijadikan sebagai rujukan oleh peniaga yang sudah menjalankan perniagaan.

Saya yakin dengan adanya buku panduan ini, ia mampu mengubah hidup anda. Perancangan yang teliti, strategi yang teratur, serta panduan yang betul dapat menjamin keuntungan perniagaan anda.

Jadi, ingin peroleh keuntungan yang lumayan tanpa memerlukan modal yang banyak?

Mari pelajari selok-belok dunia perniagaan Internet dengan dapatkan siri buku Buat Duit Dengan Facebook dan Instagram.

Ulasan disediakan oleh `Ismah Maisarah AMY
4 Comments
  1. […] Dapatkan buku Buat Duit Dengan Uber, Buat Duit Dengan Dropship, Buat Duit Dengan Mudah.my dan Buat Duit Dengan Facebook & Instagram […]

  2. […] Dapatkan buku Buat Duit Dengan Uber, Buat Duit Dengan Dropship, Buat Duit Dengan Mudah.my dan Buat Duit Dengan Facebook & Instagram […]

  3. […] Dapatkan buku Buat Duit Dengan Uber, Buat Duit Dengan Dropship, Buat Duit Dengan Mudah.my dan Buat Duit Dengan Facebook & Instagram […]

  4. […] mendengarnya, memegang IPO terbesar dalam sejarah – lebih besar daripada gabungan Google, Facebook dan Twitter. Alibaba, sekarang syarikat e-dagang terbesar di dunia, tanpa disedari dunia Barat […]

Leave a reply

Mvslimah
Logo
Shopping cart