Editor choice

Buat Duit Dengan Dropship

0

Buat duit dengan dropship?

Ramai orang yang berhasrat untuk menceburi bidang bisnes, namun hasrat itu terhenti apabila memikirkan tentang modal. Benarkah kita tidak boleh berbisnes sekiranya tiada modal dalam tangan?

Jawapannya sudah tentu salah!

Kita sebenarnya mampu menjana pendapatan dengan bisnes walaupun tanpa modal.

Buku ini memfokuskan tentang bagaimana kita dapat memperoleh pendapatan tanpa mengeluarkan sebarang modal. Antara topik yang dibincangkan dalam buku ini termasuklah:

  • Kelebihan & Kekurangan Dropship
  • Bagaimana Sistem Dropship Beroperasi
  • Bagaimana Memilih Produk yang Mahu Dijual
  • Menjayakan Produk Jualan
  • Pentingnya Khidmat Jualan
  • Strategi Pengurusan

Berbisnes secara dropship kian mendapat tempat di hati usahawan-usahawan kecil dan sederhana. Cabarannya, mampukah bisnes tersebut bertahan lama?

Adakah pendapatan yang diperoleh benar-benar lumayan ataupun indah khabar dari rupa?

Apakah risiko bisnes ini?

Buku ini mampu memberi pencerahan kepada pembaca terutamanya yang sedang berkira-kira untuk memulakan bisnes ini.

Peluang untuk buat duit sampingan dengan JUJUR dan BERKAT. Dapatkan buku Buat Duit Dengan Uber, Buat Duit Dengan Dropship, Buat Duit Dengan Mudah.my dan Buat Duit Dengan Facebook & Instagram sekarang!


Mari Buat Duit Dengan Mudah! Buat Duit Dengan Dropship

Apabila sebut mengenai modal, sudah pasti golongan yang baru ingin berkecimpung dalam bisnes resah. Namun, tahukah anda bahawa adanya bisnes tanpa modal?

Dropship adalah perkara yang sudah sinonim dengan masyarakat masa kini. Masyarakat kini berlumba-lumba bagi menjalankan bisnes dropship ini.

Namun begitu, tidak semua mengetahui cara yang betul bagi menjana duit dengan dropship.

Dropship adalah kaedah perniagaan runcit. Dropship adalah bisnes tanpa modal yang sesuai diceburi oleh golongan yang berminat dengan perniagaan, tetapi mempunyai kekangan dari segi wang ringgit.

Namun, menjalankan bisnes dropship ini bukanlah sesuatu yang mudah seperti yang kita anggap. Bisnes ini memerlukan pengetahuan serta ilmu yang mendalam.

Sekiranya anda tiada ilmu mengenainya, tidak mudah untuk anda menceburi bisnes ini. Ibarat apa yang dikatakan penulis, dropship ini tidak mudah, tetap perlu ada ilmu dan usaha yang berterusan.

Pada pandangan saya, buku karya Nor Liza Abu Bakar, iaitu Buat Duit Dengan Dropship ini wajar dijadikan rujukan bagi anda yang berminat untuk menceburi bisnes dropship.

Ini kerana, dalam buku ini padat dengan ilmu pengetahuan tentang cara yang betul untuk menceburi bisnes dropship.

Merangkumi setiap topik berkaitan bisnes dropship, penulis bukan sahaja menerangkan konsep dropship, malah tentang risiko-risiko yang perlu dihadapi bagi sesiapa yang berminat untuk menceburi bisnes ini.

Penulis juga berusaha mengumpulkan maklumat asas paling relevan dan penting untuk pembaca.

Saya yakin, buku ini mampu memberikan pengetahuan mengenai dropship kepada pembacanya.

Jikalau ingin bisnes dropship anda berjaya, belilah buku ini. Saya pasti anda dapat menjadi seorang ejen dropship yang berjaya.

Jadi tunggu apa lagi? Mahu income lebih? Mulakan dengan dropship

INGAT! Tidak ada tindakan, tidak akan ada perubahan. Tuntut ilmu terlebih dahulu sebelum mulakan bisnes.

Ulasan disediakan oleh Syifa Wan
3 Comments
  1. […] untuk buat duit sampingan dengan JUJUR dan BERKAT. Dapatkan buku Buat Duit Dengan Uber, Buat Duit Dengan Dropship, Buat Duit Dengan Mudah.my dan Buat Duit Dengan Facebook & Instagram […]

  2. […] untuk buat duit sampingan dengan JUJUR dan BERKAT. Dapatkan buku Buat Duit Dengan Uber, Buat Duit Dengan Dropship, Buat Duit Dengan Mudah.my dan Buat Duit Dengan Facebook & Instagram […]

  3. […] untuk buat duit sampingan dengan JUJUR dan BERKAT. Dapatkan buku Buat Duit Dengan Uber, Buat Duit Dengan Dropship, Buat Duit Dengan Mudah.my dan Buat Duit Dengan Facebook & Instagram […]

Leave a reply

Mvslimah
Logo
Shopping cart