RM23.40 RM26.00 BELI SEKARANG

Bagaikan Siti Khadijah di Hati Rasulullah

0

Ada rasa cemburu?

“Majoriti mempunyai rasa cemburu dalam kehidupan mereka. Itu merupakan desakan emosi. Jika tidak dipimpin ia akan menjadi kemuncak emosi yang berbahaya. Cemburu tanpa kawalan menjejaskan hubungan pasangan. Kelembutan hati bertukar ganti dengan kekerasan dek cemburu yang semakin berakar dalam hati.”

Cemburu apabila adanya keinginan memiliki.

David Buss, Profesor Psikologi Evolusi dari Universiti Texas menerangkan bagaimana keadaan tersebut berlaku,

“Tanpa rasa cemburu cinta tidak akan berlaku. Mengapa? Kerana apabila kita menjalinkan hubungan dengan seseorang akan wujud keinginan. Malah keinginan yang sama turut wujud dalam emosi pesaingnya yang cuba menjarakkan hubungan pasangan tersebut.”

Dalam keadaan yang lebih teruk, cemburu boleh mengakibatkan kerosakan yang teruk.

Cemburu yang keterlaluan membawa kepada tindakan nekad lelaki bernama Mark Erts menikam kekasihnya beberapa kali sehingga hampir membunuhnya.

Setelah ditunjukkan beberapa keping gambar kekasihnya selepas kejadian tersebut, Erts sendiri tidak menjangka dia melakukan perkara tersebut.

Cemburu Mark timbul setelah dia tahu kekasihnya mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

Kini wanita tersebut masih hidup dengan kecederaan di wajah dan leher sehingga tidak dapat berkata-kata selama beberapa minggu akibat kejadian tersebut.”

Apabila seseorang menyintai insan lain, kecenderungan untuk memiliki berlaku dan sukar menerima keadaan untuk orang lain berkongsi kekasih hatinya.”

p/s Belek-belek dan baca buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah yang sudah dibaca 14,000 orang wanita. Mahu jadi pembaca ke 14001?

We will be happy to hear your thoughts

Leave a reply

Mvslimah
Logo
Shopping cart