Alibaba’s World

0

Pada September 2014, sebuah syarikat China yang kebanyakan rakyat Amerika tidak pernah mendengarnya, memegang IPO terbesar dalam sejarah – lebih besar daripada gabungan Google, Facebook dan Twitter. Alibaba, sekarang syarikat e-dagang terbesar di dunia, tanpa disedari dunia Barat selama lebih sepuluh tahun, membina pelanggan tetap dua kali lebih banyak berbanding Amazon, dan mengendalikan sebahagian besar urus niaga e-dagang di China.

Bagaimana ia berlaku?

Sekarang, Alibaba mempunyai 600 juta pelanggan berdaftar, berbanding Amazon yang ada lebih kurang 200 juta pelanggan.

Alibaba mengendalikan 80% daripada semua transaksi e-commerce di China. Lebih kurang 70% bungkusan yang dihantar dalam negara China adalah urus niaga yang berpunca daripada laman web Alibaba. Dan semasa promosi satu hari “Single Day”; percutian beli-belah yang dicipta Alibaba, laman web beli-belah TMall Alibaba mengendalikan USD5.7 bilion transaksi, dan hanya pada satu hari itu sahaja melebihi seluruh jumlah gabungan jualan online di Amerika pada hari Black Friday dan Cyber Monday.

Melalui Alibaba’s World, Porter Erisman, salah seorang pekerja Barat pertama Alibaba dan ketua pemasaran antarabangsa dari tahun 2000 hingga 2008, menunjukkan bagaimana Jack Ma, seorang guru sekolah Cina yang dua kali gagal ujian kemasukan kolej, bangkit dari kegelapan untuk menemui Alibaba dan memimpin dari startup yang bertahan sehingga menjadi pemain e-dagang yang paling dominan di dunia.

Dia berkongsi cerita mengenai era dotcom crash, menghadapi eBay dan Google, berunding dengan kerajaan China yang tidak dapat diramalkan, dan menuruti nasihat pakar yang salah, semuanya dilalui demi membina raksasa yang bersedia untuk menyapu dunia e-dagang hari ini.

Dan dia menganalisa peranan Alibaba sebagai perihal lanskap perniagaan global baru; dengan fokus kepada Timur dan bukannya Barat; membina pasaran baru diatas pasaran membangun.

Seperti yang kita hadapi pada masa depan, kisah Alibaba dan ‘keturunannya’ adalah penting dan pengajaran.

We will be happy to hear your thoughts

Leave a reply

Mvslimah
Logo
Shopping cart