Special

3 Kanser 10 Bulan: Bila Doktor Jadi Penjaga

Buku ini memaparkan pandangan peribadi yang unik oleh doktor yang berdepan dengan cabaran apabila 3 orang ahli keluarga beliau disahkan menghidap kanser dalam 10 bulan. Buku ini diharap dapat membantu orang lain melawan dan mengatasi pelbagai isu yang dihadapi pesakit dan penjaga mereka.

Kerana ujian ini juga saya sedar bahawa doktor juga manusia biasa. Apa yang dipelajari di fakulti perubatan tidak menyediakan saya sebagai seorang penjaga pesakit.

Dr. Azlan
Dr. Azlan mendedahkan penderitaan yang beliau dan orang yang beliau sayangi alami berdasarkan pengalaman peribadi dan penyelidikan yang dilakukan. Beliau berkongsi perkara yang dipelajari dalam mengendalikan isu berkaitan penyakit yang sangat ditakuti ini dengan berjaya.

Setiap jenis kanser yang dialami keluarga beliau mempunyai simptom fizikal, pilihan rawatan, perkembangan penyakit dan hasil rawatan yang berbeza. Beliau menangani setiap isu dan cabaran ini serta membantu pesakit dan penjaga mereka mengenal pasti cara untuk melawan penyakit ini.

Beliau menyatakan penilaian penyakit yang jelas dan pilihan rawatan yang ada. Namun, tumpuan diberi untuk membantu keluarga melepasi halangan ini dan berhubungan dengan lebih baik dan saling menyayangi. Bantuan langkah demi langkah yang praktikal untuk mempertimbangkan dan menguruskan pilihan rawatan diberikan dalam buku 3 Kanser 10 Bulan: Bila Doktor Jadi Penjaga. Ia membantu mengubah perjalanan sukar anda menjadi satu perjuangan yang bermakna dan tidak dapat dilupakan.

Dr. K. Azlan adalah pakar perubatan dan Ketua Perkhidmatan Kecemasan dan Trauma. Beliau bertugas di pulau pelancongan Langkawi, satu daripada 104 pulau di kepulauan Laut Andaman kira-kira 30km dari barat laut Semenanjung Malaysia. Dr. Azlan menamatkan pengajian di Medical School of Dalhouse University, Hallifax, Nova Scotia, Kanada. Beliau tidak gentar mendedahkan kepayahan yang keluarga beliau alami dengan diagnosis 3 kanser berbeza dalam tempoh yang singkat.
3 Kanser 10 Bulan

Dapatkan buku 3 kanser 10 bulan di laman web drkazlan.com

Pertanyaan atau Komen?

Leave a reply