Tun M : Inilah Perjuangan

Tun M : Inilah Perjuangan adalah catatan peribadi penulis mengenai idea dan pemikiran tokoh dan negarawan terkemuka Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Pengkisahan ini bermula daripada pertemuan dengan budayawan dan tokoh bahasa Tan Sri Datuk Wira Haji Abdul Aziz Tapa dari Kampung Rim, Jasin, Melaka yang mendorong permulaan usaha menerbitkan sebuah buku mengenai sejarah perjuangan orang Melayu membina negara bangsa Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia; berjudul Selagi Hayat Dikandung Badan: Lembaran Perjuangan pada 2006, seterusnya membawa kepada pertemuan penulis dengan YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Penulis cuba mengadaptasikan setiap perbualannya dengan mantan Perdana Menteri itu ke dalam buku. Bagi penulis, hasil kerja beliau ini bukan seperti kebanyakan buku yang bercerita tentang biografi figura tertentu.

Sebaliknya dalam buku ini, beliau ingin menonjolkan sisi lain kehidupan Tun Mahathir. Ia adalah satu tulisan yang menggambarkan tentang jenaka, keikhlasan, dan bagaimana pemikiran Tun Mahathir. Penulisan buku ini berlainan daripada buku-buku bergenre biografi dan belum pernah dihasilkan penerbitan lain.

Menarik tentang karya ini adalah penghasilannya tidak berpandukan rujukan lain. Apa yang didokumenkan ke dalamnya adalah secara terus daripada mantan Perdana Menteri kepada penulis.

Buku ini juga tidak diklasifikasikan sebagai buku yang bersifat sejarah ataupun novel. Ia dihasilkan berdasarkan pandangan dan catatan penulis yang dipersembahkan dengan penceritaan berdialog. Apa yang menarik, ia dikupas dengan pelbagai wajah dan nada sendiri.

Buku ini sesuai dimiliki oleh pembaca kerana ia satu karya unik mengisahkan seorang figura yang hebat dan dikagumi. Pembaca dapat memahami dan mengetahui lebih mendalam tentang bekas pemimpin nombor satu negara itu.

Tun M : Inilah Perjuangan

Tun M : Inilah Perjuangan adalah catatan peribadi penulis mengenai idea dan pemikiran tokoh dan negarawan terkemuka Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

RM27.00 RM30.00

Pertanyaan atau Komen?

      Komen?

      Kedai Buku Online