Laki Aku Negro

“Tempat awak sejukkan. Kalau macam itu, kenapa awak hitam?” aku bertanya selamba.

Si Negro ketawa. (Apa punya soalan kurang ajar, agaknya).

“Kenapa awak tanya?”

“Yelah, bukankah awak hitam sebab cuaca di negara awak panas?” Hahaha. Si Negro ketawa lagi.

“Awak tak belajar geografi ke?”

“Hahahah…” Aku ketawa sebab terasa macam bodoh sangat.

“Belajar geografi masa dulu-dulu, tapi sudah lupa,” jawabku.

“Orang kulit gelap bukan sebab duduk di cuaca panas. Awak ingat kalau kita letak orang Melayu di tempat Eskimo 100 tahun, mereka akan jadi putih?”

Ini bukan novel.

Ini memang cerita betul…

…bahawa tidak ada seorang manusia dengan manusia lain, kecuali dengan usaha, amal yang baik, dan iman kepada Sang Pencipta.


Persepsi Orang Kita: Laki Aku Negro Kau Peduli Apa?

‘Rasisme’ adalah satu fahaman yang selalu dimainkan dalam kalangan masyarakat majmuk. Umum mengetahui bahawa rasis adalah satu cerminan sikap yang tidak baik. Kerana rasis, timbulnya rasa benci antara satu sama lain.

Tragedi 13 Mei ternyata meninggalkan titik hitam buat negara Malaysia. Rusuhan kaum itu memberi petanda, tahap perpaduan antara sesebuah bangsa dengan bangsa lain masih lemah.

Namun, selepas lebih 40 tahun peristiwa itu berlaku, rakyat Malaysia dilihat semakin belajar untuk lebih bersatu padu walaupun mungkin tidak sepenuhnya.

Allah s.w.t. menyatakan dalam ayat-Nya:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami sudah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan Kami sudah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan suku puak, supaya kamu saling berkenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertakwa antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya.

Surah Al-Hujurat, ayat 13

Memang benar kita diciptakan dengan pelbagai ragam dan warna kulit untuk saling melengkapi kehidupan. Bolehkah kita menerima apa yang Allah s.w.t. tetapkan?

Mungkin kedengaran agak rasis, tetapi sanggup ke pembaca sekalian hidup dengan bangsa berlainan yang berbeza aturan hidupnya? Penulis Dr. Hayya Bilal membuktikan beliau dapat menjalani kehidupan dengan seorang warga asing yang lebih dikenali sebagai Negro. Betul ke?

Pembaca sekalian jangan tidak percaya, beliau mengeluarkan sebuah buku merakam catatan kehidupan beliau. Buku beliau yang berjudul Laki Aku Negro Kau Peduli Apa? adalah terbitan Puteh Press.

Bagi saya, buku adalah karya yang baik untuk para pembaca bagi mengambil inspirasi dalam menilai sifat rasisme.

Penulis banyak menonjolkan sisi kehidupan masyarakat yang digelar Negro. Daripada budaya mereka, makanan, tempat-tempat yang menarik, dan pelbagai lagi.

Sejujurnya beliau tidak hanya mempromosikan pandangan baik terhadap masyarakat itu, sebaliknya penulis menceritakan hakikat sebenar mereka.

Pengembaraan beliau ke negara suami memperlihatkan banyak sisi menarik yang boleh diambil pengajaran.

Tentu ada pembaca yang tertanya-tanya bagaimana ramai anak muda Melayu sekarang juga jatuh cinta dengan warga Negro ini. Anda akan mendapat jawapan kepada persoalan itu dalam buku ini.

Seperti yang penulis katakan dalam tulisan beliau, “Cinta itu buta. Bukan sahaja buta, malah pekak, bisu, dan dungu. Apabila seseorang jatuh cinta, kuasa fikir dia akan menjadi lemah. tetapi , kuasa emosinya akan menguasai diri. Jatuh cinta memang indah…”

Mungkin itu adalah satu jawapan yang dicari. Tetapi, sekiranya mahu tahu yang selebihnya, perlu baca buku ini sendiri. Yang pasti ia dapat memberi pengajaran kepada pembaca supaya tidak menghukum orang lain sebelum mengenali.

Ulasan disediakan oleh Nor Fatin Amira Salleh

Dr. Hayya Bilal, wanita remaja lanjut usia berusia 50 tahun, percaya hidup yang indah ialah melakukan sesuatu di luar kotak, lama sebelum konsep Thinking Outside the Box diperkenalkan.

Zamri Mohamad
Buku Laki Aku Negro

Ini bukan novel. Ini memang cerita betul bahawa tidak ada seorang manusia dengan manusia lain, kecuali dengan usaha, amal yang baik, dan iman kepada Sang Pencipta.

RM15.00

1 Comment
  1. […] Malcolm yang buta huruf belajar menulis, menghafal kamus, dan mempelajari sejarah keturunan orang kulit hitam. Adik-beradiknya sering datang […]

    Komen?

    Kedai Buku Online