Kedai Buku Online Gudang Jualan Buku Online 2018-02-24T02:08:18Z http://akmalfadhil.com/kedaibuku/feed/atom/ WordPress akmalf http://akmalfadhil.com/kedaibuku <![CDATA[Buzan Bites: Mind Mapping]]> http://akmalfadhil.com/kedaibuku/?p=2352 2018-02-24T00:50:13Z 2018-01-04T11:07:33Z Di dalam buku ini, Tony Buzan memperkenalkan prinsip, teknik serta aplikasi peta minda (mind map) agar nota menjadi lebih berkesan! Mind Map membolehkan kita merancang setiap aspek kehidupan dengan yakin. Ia adalah alat untuk komunikasi, menyelesaikan masalah, berangan-angan secara kreatif, mengajar, mengulang kaji, menguruskan masa, dan mengingati kembali satu-satu perkara. Mind Map juga mampu menjadi […]

The post Buzan Bites: Mind Mapping appeared first on Kedai Buku Online.

]]>
Di dalam buku ini, Tony Buzan memperkenalkan prinsip, teknik serta aplikasi peta minda (mind map) agar nota menjadi lebih berkesan!

Mind Map membolehkan kita merancang setiap aspek kehidupan dengan yakin. Ia adalah alat untuk komunikasi, menyelesaikan masalah, berangan-angan secara kreatif, mengajar, mengulang kaji, menguruskan masa, dan mengingati kembali satu-satu perkara. Mind Map juga mampu menjadi bahan artistik, dengan bentuknya yang tersendiri.

Buku kecil ini ditulis untuk mereka yang sibuk.

Buzan Bites

Saya telah menggunakan mind map untuk banyak perkara tapi tak tahu cara yang betul. Buku ini menjelaskan tip untuk membuat peta minda (mind map) lebih berkesan dan saya telahpun mengamalkannya. Buku yang bagus

Galihmelon

Bacaan yang baik untuk membina peta minda (mind map) dan aplikasikan dalam pelbagai aspek kehidupan dan cabang kerjaya.

Reema

Saya selalu terfikir jikalau ada sesuatu yang boleh dibuat dengan peta minda (mind map). Ini buku yang berbaloi dibeli dan saya dah membuat peta minda sepanjang seminggu. Harap-harap berterusan.

Jim

I was expecting something a little more academic from this book. For those of you who know who Tony Buzan is, you know that he is famous for his memory techniques. I was hoping that he would instruct the reader on how to use mind maps to make better use of their memory. However, after he explains the basic techniques of Mind Mapping, he spends most of his time instructing the reader on how to use it for decision making and in management or communication. He only spends about 2 pages explaining how Mind Mapping can be used by teachers and students. So, it is obvious he doesn’t go into great detail or depth. Other than what I already knew about Mind Mapping, I only picked up a few more tips. Still, I hope to put the technique to good use.

Brittany

The post Buzan Bites: Mind Mapping appeared first on Kedai Buku Online.

]]>
0
akmalf http://akmalfadhil.com/kedaibuku <![CDATA[I’m A Backpacker: New Zealand]]> http://akmalfadhil.com/kedaibuku/?p=2342 2018-02-06T09:22:55Z 2017-12-17T09:28:40Z Sebut pasal New Zealand, mana kita nak mula? Ataupun sebenarnya kita patut tanya: Kamu nak apa? Kalau kamu mahu pantai, bukan setakat pantai putih bersih dengan air jernih yang kita dapat. Bahkan dapat tengok dolfin, ikan paus, anjing laut, dan burung kiwi, macam mana kita nampak kucing di Malaysia. Kamu nak matahari indah, kamu pergi […]

The post I’m A Backpacker: New Zealand appeared first on Kedai Buku Online.

]]>
Sebut pasal New Zealand, mana kita nak mula? Ataupun sebenarnya kita patut tanya: Kamu nak apa?

Kalau kamu mahu pantai, bukan setakat pantai putih bersih dengan air jernih yang kita dapat. Bahkan dapat tengok dolfin, ikan paus, anjing laut, dan burung kiwi, macam mana kita nampak kucing di Malaysia.

Kamu nak matahari indah, kamu pergi ke tempat yang betul. Nak salji memutih, sah memang tak silap cari. Apa lagi? Terjun bungee, buaian paling dramatik di dunia, skydive, main ski, tengok tarian haka, gunung Lord of The Ring, padang rumput menghijau macam dalam iklan susu?

Ada, ada, dan ada.

Oh ya, itu kita belum buka cerita pasal karavan. Yang itu memang kena datang sini, rasai sendiri.

Dan kalau cita-cita kita sederhana, cuma nak nikmati dan simpan kenangan betapa cantiknya bunga, bintang, mahupun alam, bawalah hardisk. Kamu mungkin terasa nak biar kamera/telefon tu on sahaja pagi petang, siang dan malam.

Di dalam buku I’m A Backpacker: New Zealand terkandung rumusan penuh setiap aturcara perjalanan yang disusun atur oleh beberapa orang penulis yang berpengalaman luas mengendalikan lebih daripada 20 trip ke New Zealand. Buku ini berkongsi tips dan panduan agar para pembaca mendapat gambaran jelas bagi merancang percutian dan membaca pengalaman kami sepanjang mengendalikan trip ke New Zealand.

Bab 1 (Tentang Aotearoa)

  • Sejarah
  • Budaya & Bahasa
  • Geografi & Ekonomi

Bab 2 (Sebelum Pengembaraan)

  • Pakaian & Bagasi
  • Pengangkutan
  • Penginapan
  • Lapangan Terbang

Bab 3 (Ketika Pengembaraan)

  • Penerbangan
  • Memilih Destinasi: South Island
  • Alat Komunikasi dan Pandu Arah
  • Penggunaan Tandas
  • Solat Dan Aplikasi Kiblat
  • Bekalan Makanan
  • Keselamatan

Bab 4 (Mengatur Perjalanan)

  • Laluan Perjalanan
  • Itinerari Lengkap
  • Jumlah Hari
  • Anggaran Kos
  • Senarai Tempat-Tempat Menarik
  • Persediaan Sebelum Pulang

Bab 5 (Caravan Life – Trip Adik Beradik)

  • Ice-breaking
  • Travel Different
  • Menu Signature
  • Momen Menarik

 

I’m A Backpacker: New Zealand oleh Trip Adik Beradik, siri travelog selepas I’m A Backpacker: Turkey, I’m A Backpacker: EuropeI’m A Backpacker: Japan dan I’m A Backpacker: Korea.

The post I’m A Backpacker: New Zealand appeared first on Kedai Buku Online.

]]>
0
akmalf http://akmalfadhil.com/kedaibuku <![CDATA[Alibaba’s World]]> http://akmalfadhil.com/kedaibuku/?p=2329 2018-01-04T10:31:26Z 2017-12-16T04:25:24Z Pada September 2014, sebuah syarikat China yang kebanyakan rakyat Amerika tidak pernah mendengarnya, memegang IPO terbesar dalam sejarah – lebih besar daripada gabungan Google, Facebook dan Twitter. Alibaba, sekarang syarikat e-dagang terbesar di dunia, tanpa disedari dunia Barat selama lebih sepuluh tahun, membina pelanggan tetap dua kali lebih banyak berbanding Amazon, dan mengendalikan sebahagian besar […]

The post Alibaba’s World appeared first on Kedai Buku Online.

]]>
Pada September 2014, sebuah syarikat China yang kebanyakan rakyat Amerika tidak pernah mendengarnya, memegang IPO terbesar dalam sejarah – lebih besar daripada gabungan Google, Facebook dan Twitter. Alibaba, sekarang syarikat e-dagang terbesar di dunia, tanpa disedari dunia Barat selama lebih sepuluh tahun, membina pelanggan tetap dua kali lebih banyak berbanding Amazon, dan mengendalikan sebahagian besar urus niaga e-dagang di China.

Bagaimana ia berlaku?

Sekarang, Alibaba mempunyai 600 juta pelanggan berdaftar, berbanding Amazon yang ada lebih kurang 200 juta pelanggan.

Alibaba mengendalikan 80% daripada semua transaksi e-commerce di China. Lebih kurang 70% bungkusan yang dihantar dalam negara China adalah urus niaga yang berpunca daripada laman web Alibaba. Dan semasa promosi satu hari “Single Day”; percutian beli-belah yang dicipta Alibaba, laman web beli-belah TMall Alibaba mengendalikan USD5.7 bilion transaksi, dan hanya pada satu hari itu sahaja melebihi seluruh jumlah gabungan jualan online di Amerika pada hari Black Friday dan Cyber Monday.

Melalui Alibaba’s World, Porter Erisman, salah seorang pekerja Barat pertama Alibaba dan ketua pemasaran antarabangsa dari tahun 2000 hingga 2008, menunjukkan bagaimana Jack Ma, seorang guru sekolah Cina yang dua kali gagal ujian kemasukan kolej, bangkit dari kegelapan untuk menemui Alibaba dan memimpin dari startup yang bertahan sehingga menjadi pemain e-dagang yang paling dominan di dunia.

Dia berkongsi cerita mengenai era dotcom crash, menghadapi eBay dan Google, berunding dengan kerajaan China yang tidak dapat diramalkan, dan menuruti nasihat pakar yang salah, semuanya dilalui demi membina raksasa yang bersedia untuk menyapu dunia e-dagang hari ini.

Dan dia menganalisa peranan Alibaba sebagai perihal lanskap perniagaan global baru; dengan fokus kepada Timur dan bukannya Barat; membina pasaran baru diatas pasaran membangun.

Seperti yang kita hadapi pada masa depan, kisah Alibaba dan ‘keturunannya’ adalah penting dan pengajaran.

The post Alibaba’s World appeared first on Kedai Buku Online.

]]>
0
akmalf http://akmalfadhil.com/kedaibuku <![CDATA[The Speed Reading Book]]> http://akmalfadhil.com/kedaibuku/?p=2321 2018-01-04T10:33:19Z 2017-12-15T03:54:20Z Potensi kita untuk memperbaiki kadar kepantasan membaca kepada dua kali ganda lebih pantas berbanding sekarang, dan kemudian mencapai kadar 1000 perkataan seminit, sama sahaja dengan mereka yang berada pada tempat 10 teratas dunia. Pernahkah anda ingin meningkatkan kelajuan bacaan secara mendadak, meningkatkan kefahaman anda dan meningkatkan kemahiran belajar dan pembelajaran anda? Setiap orang daripada mereka […]

The post The Speed Reading Book appeared first on Kedai Buku Online.

]]>

‘The Speed Reading Book’ ialah buku mesti milik untuk mereka yang ingin membaca dan belajar dengan lebih efisyen.

Sean Adam, pemegang rekod dunia Speed Reading.

Potensi kita untuk memperbaiki kadar kepantasan membaca kepada dua kali ganda lebih pantas berbanding sekarang, dan kemudian mencapai kadar 1000 perkataan seminit, sama sahaja dengan mereka yang berada pada tempat 10 teratas dunia.

Pernahkah anda ingin meningkatkan kelajuan bacaan secara mendadak, meningkatkan kefahaman anda dan meningkatkan kemahiran belajar dan pembelajaran anda?

Setiap orang daripada mereka adalah pembaca, yang sama seperti pembaca dan saya, yang pada mulanya tidak berpuas hati dengan kadar kecepatan membaca biasa mereka dan membuat keputusan memperuntukkan masa dan usaha bagi membangunkan kemahiran manusia yang paling berkuasa ini.

Tony Buzan membentangkan maklumat terkini tentang mata dan otak anda yang akan membantu anda memperbaiki semua aspek bacaan anda sendiri dan membuktikan bahawa kelajuan membaca lebih daripada 1,000 perkataan seminit adalah tidak mustahil.

Pendekatan inovatifnya kepada subjek penting ini menjadikan speed reading mudah difahami, membolehkan anda menerapkannya dengan segera ke semua aspek kehidupan. The Speed Reading Book adalah alat yang ideal untuk pelajar, guru dan eksekutif – sememangnya, sesiapa yang ingin meningkatkan kelajuan, kefahaman dan kualiti bacaan mereka.

Speed reading membantu untuk:

  • Berfikir lebih cepat dan lebih kreatif
  • Membuat nota yang lebih baik
  • Lulus peperiksaan dengan mudah
  • Belajar lebih berkesan
  • Menjimatkan masa.


Buku The Speed Reading Book edisi bahasa melayu memberi pembaca peluang baik untuk mengikuti jejak langkah mata mereka. Ia adalah hasil latihan dan kajian selama lebih 50 tahun dalam bidang ini.

The Speed Reading Book adalah sebahagian daripada revolusi siri ‘Mind Set’ (termasuk bestseller The Mind Map Book), adalah manual operasi bagi mereka yang ingin mencapai semua matlamat ini dan banyak lagi!

The post The Speed Reading Book appeared first on Kedai Buku Online.

]]>
0
akmalf http://akmalfadhil.com/kedaibuku <![CDATA[Nasihat Buat Diri – Habib Ali Zaenal Abidin]]> http://akmalfadhil.com/kedaibuku/?p=2318 2018-01-04T10:37:22Z 2017-12-14T03:52:50Z Harun difahami, bilamana datang kepada diri kamu ajakan bagi melakukan kebaikan ataupun larangan daripada melakukan kemungkaran, maka itu adalah ajakan dan larangan daripada Allah s.w.t. Adapun jikalau yang mengajak itu jauh daripada kebaikan yang diajak iu, ataupun masih juga melakukan kemungkaran yang ditegah itu, itu sememangnya salah untuknya. Namun kesalahan itu antara dirinya dengan Allah. […]

The post Nasihat Buat Diri – Habib Ali Zaenal Abidin appeared first on Kedai Buku Online.

]]>

Harun difahami, bilamana datang kepada diri kamu ajakan bagi melakukan kebaikan ataupun larangan daripada melakukan kemungkaran, maka itu adalah ajakan dan larangan daripada Allah s.w.t.


Adapun jikalau yang mengajak itu jauh daripada kebaikan yang diajak iu, ataupun masih juga melakukan kemungkaran yang ditegah itu, itu sememangnya salah untuknya. Namun kesalahan itu antara dirinya dengan Allah. Bukan dengan diri kamu.

Adalah menjadi tanggungjawab bagi diri kamu, mendengar apa yang disampaikan, arahan mahupun tegahan yang datangnya daripada Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w., dan sedaya upaya mengambil manfaat daripada apa yang disampalkan.

Tidak berhak bagi kamu untuk mempersoalkan kembali kepada yang menyampaikannya kepada kamu.

Buku kedua Habib Ali Zaenal Abidin yang mengumpulkan 40 nasihat. Kesinambungan judul bestseller Nasihat Buat Hati.

NASIHAT 1 :Selepas Allah Dan Rasul, Siapakah Yang Lebih Utama

NASIHAT 2 :Memahami Erti Menegur dan Ditegur

NASIHAT 3 :Tanggungjawab Seorang Suami

NASIHAT 4 :Tersematnya Sifat Tawadhuk

NASIHAT 5 :Bibir Boleh Tersenyum, Hati Allah Sahaja Yang Tahu

NASIHAT 6 :Kamu Berdusta

NASIHAT 7 :Siapa Hamba Allah Yang Kuat

NASIHAT 8 :Nilai Air Mata Kerana Allah

NASIHAT 9 : Pemadam Api Derita

NASIHAT 10: Dosa Yang Sangat Besar

NASIHAT 11 :Jaga Mulut, Jangan Cabar Hukum Allah

NASIHAT 12 :Waspada Dengan Meminta Panjang Umur

NASIHAT 13 :Akan Di Lilitkan Pada Leher

NASIHAT 14 :Jangan Mimpi Masuk Syurga Dengan Mudah

NASIHAT 15 :Barangsiapa Yang Merasa Aman Dengan Dunia

NASIHAT 16 :Allah Tahu Yang Terbaik Untuk Kita

NASIHAT 17 :Bukan Allah Tidak Sayang

NASIHAT 18 :Dia Tak Baik, Kenapa Kita Kena Buat Baik

NASIHAT 19 :Wasiat Buat Suami

NASIHAT 20 :Indahnya Rumahtangga Rasulullah

NASIHAT 21 :Jangan Mendidik Keluarga Dengan Keduniaan

NASIHAT 22 :Bersederhanalah Dalam Mencintai Atau Membenci

NASIHAT 23 :Iman Bukan Di Bibir Sahaja

NASIHAT 24 :Fahami Keluasan Erti Sesuatu Wahyu

NASIHAT 25 :Mengapa Meniru Mereka?

NASIHAT 26 :Yang Tersimpan Itu Jauh Lebih Baik

NASIHAT 27 :Mintalah Segalanya Kepada Allah

NASIHAT 28 :Sahabat Yang Baik

NASIHAT 29 :Pra-Syarat Kemenangan Bagi Umat Islam

NASIHAT 30 :Yang Syaitan Takut!

NASIHAT 31 :Jangan Tertipu

NASIHAT 32 :Ada Harta Jangan Disimpan-Simpan

NASIHAT 33 :Bersyukurlah, Rezeki Allah Sudah Tetapkan

NASIHAT 34 :Bukan Bos Yang Beri Rezeki!

NASIHAT 35 :Harta Yang Akan Dibawa Ke Kubur

NASIHAT 36 :Hati-Hati Dengan Hutang

NASIHAT 37 :Sedekah Menolah Gundah

NASIHAT 38 :Bergembiralah Dengan Kelahiran Rasulullah

NASIHAT 39 :Keistimewaan 4 Bulan

NASIHAT 40 :Amalan Di Bulan Rejab

The post Nasihat Buat Diri – Habib Ali Zaenal Abidin appeared first on Kedai Buku Online.

]]>
0
akmalf http://akmalfadhil.com/kedaibuku <![CDATA[I’m A Backpacker: Turkey]]> http://akmalfadhil.com/kedaibuku/?p=2315 2018-02-06T09:19:02Z 2017-12-13T02:22:22Z Turki sebuah negara yang apabila kita jejak kaki sahaja ke sana, kita akan diberi sensasi yang sangat berbeza. Orangnya, bahasanya, dan sejarahnya mampu memberikan kita rasa akrab, tetapi dalam masa yang sama ada sisi-sisi Turki yang membuatkan kita sangat asing. Kita tahu Turki negara penuh sejarah, tetapi di Turki ada 81 buah negeri. Ke mana […]

The post I’m A Backpacker: Turkey appeared first on Kedai Buku Online.

]]>
Turki sebuah negara yang apabila kita jejak kaki sahaja ke sana, kita akan diberi sensasi yang sangat berbeza. Orangnya, bahasanya, dan sejarahnya mampu memberikan kita rasa akrab, tetapi dalam masa yang sama ada sisi-sisi Turki yang membuatkan kita sangat asing.

Kita tahu Turki negara penuh sejarah, tetapi di Turki ada 81 buah negeri. Ke mana kita harus pergi untuk melihat sejarahnya?

Kita mahu melihat tinggalan sejarah Rom? Byzantine? Ataupun Empayar Uthmaniyah?

Bagaimana pula dengan makanan Turki? Memang tidak sukar untuk mencari makanan halal di sini, tetapi makanan jenis apa yang wajib kita cuba?

Tempat tinggal di Turki memang bukan satu masalah, tetapi di mana yang paling sesuai?

Buku ini akan menjawab semua persoalan itu. Mudah dan jelas, berserta dengan gambar dan rajah.

I’m A Backpacker: Turkey, siri travelog selepas I’m A Backpacker: EuropeI’m A Backpacker: Japan dan I’m A Backpacker: Korea.

TÜRKİYE’YE HOŞ GELDİN!

The post I’m A Backpacker: Turkey appeared first on Kedai Buku Online.

]]>
1
akmalf http://akmalfadhil.com/kedaibuku <![CDATA[3 Kanser 10 Bulan: Bila Doktor Jadi Penjaga]]> http://akmalfadhil.com/kedaibuku/3-kanser-10-bulan/ 2017-11-26T15:10:58Z 2017-11-15T23:51:46Z Buku ini memaparkan pandangan peribadi yang unik oleh doktor yang berdepan dengan cabaran apabila 3 orang ahli keluarga beliau disahkan menghidap kanser dalam 10 bulan. Buku ini diharap dapat membantu orang lain melawan dan mengatasi pelbagai isu yang dihadapi pesakit dan penjaga mereka. Dr. Azlan mendedahkan penderitaan yang beliau dan orang yang beliau sayangi alami […]

The post 3 Kanser 10 Bulan: Bila Doktor Jadi Penjaga appeared first on Kedai Buku Online.

]]>
Buku ini memaparkan pandangan peribadi yang unik oleh doktor yang berdepan dengan cabaran apabila 3 orang ahli keluarga beliau disahkan menghidap kanser dalam 10 bulan. Buku ini diharap dapat membantu orang lain melawan dan mengatasi pelbagai isu yang dihadapi pesakit dan penjaga mereka.

Kerana ujian ini juga saya sedar bahawa doktor juga manusia biasa. Apa yang dipelajari di fakulti perubatan tidak menyediakan saya sebagai seorang penjaga pesakit.

Dr. Azlan
Dr. Azlan mendedahkan penderitaan yang beliau dan orang yang beliau sayangi alami berdasarkan pengalaman peribadi dan penyelidikan yang dilakukan. Beliau berkongsi perkara yang dipelajari dalam mengendalikan isu berkaitan penyakit yang sangat ditakuti ini dengan berjaya.

Setiap jenis kanser yang dialami keluarga beliau mempunyai simptom fizikal, pilihan rawatan, perkembangan penyakit dan hasil rawatan yang berbeza. Beliau menangani setiap isu dan cabaran ini serta membantu pesakit dan penjaga mereka mengenal pasti cara untuk melawan penyakit ini.

Beliau menyatakan penilaian penyakit yang jelas dan pilihan rawatan yang ada. Namun, tumpuan diberi untuk membantu keluarga melepasi halangan ini dan berhubungan dengan lebih baik dan saling menyayangi. Bantuan langkah demi langkah yang praktikal untuk mempertimbangkan dan menguruskan pilihan rawatan diberikan dalam buku 3 Kanser 10 Bulan: Bila Doktor Jadi Penjaga. Ia membantu mengubah perjalanan sukar anda menjadi satu perjuangan yang bermakna dan tidak dapat dilupakan.

Dr. K. Azlan adalah pakar perubatan dan Ketua Perkhidmatan Kecemasan dan Trauma. Beliau bertugas di pulau pelancongan Langkawi, satu daripada 104 pulau di kepulauan Laut Andaman kira-kira 30km dari barat laut Semenanjung Malaysia. Dr. Azlan menamatkan pengajian di Medical School of Dalhouse University, Hallifax, Nova Scotia, Kanada. Beliau tidak gentar mendedahkan kepayahan yang keluarga beliau alami dengan diagnosis 3 kanser berbeza dalam tempoh yang singkat.
Vivix menyembuh kanser? Pernahkah anda diceritakan oleh mana-mana rakan atau ejen jualan Shaklee untuk membeli produk Vivix? Baca INI sebelum anda tertipu:  BELI SUPPLEMEN SAYA DIJAMIN KANSER PAYUDARA ANDA AKAN SEMBUH

The post 3 Kanser 10 Bulan: Bila Doktor Jadi Penjaga appeared first on Kedai Buku Online.

]]>
0
akmalf http://akmalfadhil.com/kedaibuku <![CDATA[Vaksin : Antara Babi, Yahudi & Konspirasi]]> http://akmalfadhil.com/kedaibuku/?p=2264 2017-11-23T03:27:26Z 2017-05-18T03:10:59Z Zaman ini, topik vaksin akan sentiasa menimbulkan pertentangan. Ada banyak dakwaan-dakwaan yang timbul. Melalui buku ini, penulis yang pernah terlibat secara langsung dengan pembuatan ubat-ubatan dan vaksin, menjelaskan hakikat sebenarnya. Buku terbaru berkenaan ‘Vaksin’ sangat berguna sebagai rujukan, juga permasalahan sumber babi, salahfaham kesan mudarat dan lain-lain. Gaya bahasa sains-dan-perubatan yang ringkas dan mudah difahami oleh […]

The post Vaksin : Antara Babi, Yahudi & Konspirasi appeared first on Kedai Buku Online.

]]>
Zaman ini, topik vaksin akan sentiasa menimbulkan pertentangan. Ada banyak dakwaan-dakwaan yang timbul. Melalui buku ini, penulis yang pernah terlibat secara langsung dengan pembuatan ubat-ubatan dan vaksin, menjelaskan hakikat sebenarnya.

Buku terbaru berkenaan ‘Vaksin’ sangat berguna sebagai rujukan, juga permasalahan sumber babi, salahfaham kesan mudarat dan lain-lain. Gaya bahasa sains-dan-perubatan yang ringkas dan mudah difahami oleh semua. Ini bertujuan mengelakkan salahfaham bentuk rawatan vaksin.

Buku ini mengandungi 16 bab berkenaan vaksin termasuklah sejarah, proses pembuatan, kandungan, bahan utama dan sampingan, sumber babi, isu konspirasi & Yahudi, tuduhan cacat akibat vaksin. Beberapa isu lain juga dibincang seperti makanan sunnah, tahnik & kaitan vaksin, perbezaan testimoni dan kajian klinikal, kumpulan anti-vaksin, vaksin dari sudut pandangan syarak.

Maklumat berkenaan vaksin, isu dan faedahnya tercatat dalam buku ini boleh menjadi rujukan oleh masyarakat umum. Anda sebagai pembaca past mencari-cari kupasan yang mudah difahami.

Prof Dr Azmi bin Md Nor, Dekan & Pakar Perunding Bedah Am & Kolorektal, Kulliyah Perubatan, UIAM

Dengan pelbagai alasan yang rapuh, mereka terus memutar-mutar helah yang sama. Sedangkan kesemua kegusaran mereka itu sudah pun dijawab oleh pakar-pakar yang lebih berwibawa bahawa andaian-andaian mereka hanya berpunca dari takut pada diri sendiri dan juga takut dengan merosot jualan produk kesihatan yang mereka jual. Sebahagian besar dari penentang tegar vaksin adalah penjual produk kesihatan.

Dr Suhazeli Abdullah

Saya sebagai anggota masyarakat dahagakan informasi yang tepat, ringkas dan mudah berkenaan vaksin. Penulis berjaya mengupas beberapa isu berkaitan vaksin, dan perbetulkan tanggapan yang salah. Pastikan setiap keluarga mendapatkan naskah buku ini.

Khairul Anuar Mohamad Noh, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat, UPM

Buku Vaksin ini adalah salah satu kaedah untuk memperbetulkan salah faham disebabkan oleh maklumat yang tidak betul. Tahniah kepada penulis.

Dato' Dr Hj Amirudin bin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Ekskutif, Cybersecurity Malaysia

Setiap kali isu vaksin dibincangkan oleh pakar-pakar perubatan, ada sahaja netizen yang melontarkan persoalan bahawa vaksin itu agenda Yahudi. Mereka terus salin dari sumber yang tidak berwibawa, bahawa wujudnya korelasi vaksin dengan agenda jahat Yahudi. Tetapi jika diperhatikan betul-betul, pernyataan laman yang dipetik itupun hanya berandaian akan hubungkait antara vaksin dan zionis.

Dr Suhazeli Abdullah

Beberapa kes kematian akibat dari tidak mengambil vaksin akan menjejaskan status kesihatan masyarakat umum di negara kita. Syabas kepada penulis kerana mengambil inisiatif menulis buku ini.

Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin, Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi

The post Vaksin : Antara Babi, Yahudi & Konspirasi appeared first on Kedai Buku Online.

]]>
1
akmalf http://akmalfadhil.com/kedaibuku <![CDATA[Matlutfi: Alegori Rumah Api]]> http://akmalfadhil.com/kedaibuku/?p=2258 2017-05-13T07:51:39Z 2017-05-13T07:42:54Z Alegori Rumah Api memuatkan 38 buah tulisan multigenre – cerpen, artikel, alegori, esei dan coretan pengalaman. Kebanyakannya ditulis sepanjang tahun 2016 dan selebihnya pada tahun 2017. Lukisan-lukisan kebanyakannya adalah hasil tangan isteri dan mak aku. Adalah juga beberapa yang aku (cuba) lukis. Senang sahaja nak teka– yang mulus-mulus abstrak ala-ala Picasso itu akulah pelukisnya. Sebagai […]

The post Matlutfi: Alegori Rumah Api appeared first on Kedai Buku Online.

]]>
Alegori Rumah Api memuatkan 38 buah tulisan multigenre – cerpen, artikel, alegori, esei dan coretan pengalaman.

Kebanyakannya ditulis sepanjang tahun 2016 dan selebihnya pada tahun 2017.

Lukisan-lukisan kebanyakannya adalah hasil tangan isteri dan mak aku. Adalah juga beberapa yang aku (cuba) lukis. Senang sahaja nak teka– yang mulus-mulus abstrak ala-ala Picasso itu akulah pelukisnya. Sebagai pelukis amatur, kami perlahan-lahan belajar melukis dengan memerhati dan merenung ilustrasi-ilustrasi dalam domain awam.

Harapnya buku ini pun dapat perlahan-lahan melukiskan senyuman di muka para pembacanya. Kalau laju lagi bagus!

Tinta Matluthfi

Ramai orang tanya alegori ni menatang apa? Macam aligator ka? Dak, tak sama; tu hang.

Alegori ni lebih kurang macam perbandingan atau perwakilan atau metafora atau analogi. Cumanya sementara metafora dan analogi lebih direct dan jelas, alegori ni lebih kepada cerita yang lebih kompleks yang mewakili lambang-lambang tertentu.

Alegori Rumah Api merupakan sebuah cerita ringkas tentang tiga cara manusia menanggap atau memahami hubungan antara Kebenaran (Truth) dan Salvation (Keselamatan) –

  1. Adakah manusia perlu sampai kepada Kebenaran dahulu sebelum dapat Keselamatan?
  2. Adakah manusia tidak perlu pun sampai kepada Kebenaran sebelum dapat Keselamatan?
  3. Atau adakah Kebenaran dan Keselamatan tidak wujud pun dan hanyalah sekadar rekaan manusia semata-mata?

Cerita Alegori Rumah Api yang serius ini hanyalah salah satu daripada 38 cerita multi-genre yang lain. Kalau hang malaih pikiaq benda berat-berat, hang relaks, ada belunggok (banyak) lagi cerita-cerita lawak dan coretan-coretan peribadi termasuklah cerita aku travel pusing sana sini pada tahun 2016.

Aku sebenarnya dah malas menulis dekat media sosial sejak kebelakangan ni. Sat lagi mai komen yang salah interpret la, komen tak paham, komen nak bergaduh, komen juai barang; waduh-waduh satu kerja pulak aku jadi ahli parlimen menyantuni ra’yat jelata semua. Jadi aku menulis senyap-senyap saja la untuk buku, sambil minum ayaq oren.

The post Matlutfi: Alegori Rumah Api appeared first on Kedai Buku Online.

]]>
0
akmalf http://akmalfadhil.com/kedaibuku <![CDATA[Memulakan Bisnes Sendiri Edisi Kemaskini]]> http://akmalfadhil.com/kedaibuku/?p=2254 2018-02-24T00:55:20Z 2017-05-13T07:31:19Z Memulakan Bisnes Sendiri (Edisi Kemaskini) adalah sebuah naskah yang cukup lama bertahan di pasaran. Dalam edisi terbaru, buku ini telah diolah 100% ke bentuk infografik dan berwarna. Buku ini ditulis bagi saudara yang baru hendak mencari peluang memulakan bisnes sendiri. Buku-buku panduan memulakan bisnes sendiri yang sudah ada dalam pasaran lazimnya mengandaikan sesiapa sahaja dapat […]

The post Memulakan Bisnes Sendiri Edisi Kemaskini appeared first on Kedai Buku Online.

]]>
Memulakan Bisnes Sendiri (Edisi Kemaskini) adalah sebuah naskah yang cukup lama bertahan di pasaran. Dalam edisi terbaru, buku ini telah diolah 100% ke bentuk infografik dan berwarna.

Buku ini ditulis bagi saudara yang baru hendak mencari peluang memulakan bisnes sendiri. Buku-buku panduan memulakan bisnes sendiri yang sudah ada dalam pasaran lazimnya mengandaikan sesiapa sahaja dapat memulakan bisnes sendiri dengan jayanya. Andaian itu meleset daripada realiti sebenar.

Tidak semua orang dapat memulakan bisnes sendiri dengan jayanya. Majoriti individu yang cuba menceburi bidang bisnes mengalami kegagalan dan kerugian dalam tempoh tiga tahun selepas membuka bisnesnya. Ini adalah realiti. Jadi buku ini ditulis bagi membantu saudara mengukur diri saudara, apakah saudara mempunyai keupayaan dan kesanggupan memulakan bisnes sendiri.

Buku ini juga ditulis bagi membantu saudara mengenal pasti beberapa jenis kesilapan yang kerap dilakukan oleh mereka yang baru hendak memulakan bisnes sendiri, supaya saudara tidak mengulangi kesilapan jenis itu.

Ada tiga kumpulan orang yang cuba memasuki dunia bisnes:

  1. Mereka yang mempunyai bakat semula jadi dalam bidang bisnes.
  2. Mereka yang tidak mempunyai bakat bisnes.
  3. Mereka yang mempunyai bakat, tetapi bakatnya itu tidak cukup besar.

Buku Memulakan Bisnes Sendiri Edisi Kemaskini dikemas kini daripada segi bahasa dan susun atur bagi meningkatkan penampilan dan kualitinya. Buku ini memberi panduan dan tip kepada sesiapa sahaja yang berminat memulakan perniagaan sendiri.

Antara perkara menarik yang disentuh di dalam buku ini seperti bagaimana memilih calon isteri untuk usahawan, bagaimana memilih syarikat dan sektor bisnes, bagaimana memilih rakan kongsi dan bagaimana syarikat dirompak dan perkara baik yang membahayakan.

Karya Puan Ainon Mohd.

The post Memulakan Bisnes Sendiri Edisi Kemaskini appeared first on Kedai Buku Online.

]]>
0