Psikologi Orang Berjaya Edisi Kemaskini

0

Kejayaan dipengaruhi oleh banyak faktor, bukan setakat kelulusan akademik, modal, semangat, dan kecekalan. Buku Psikologi Orang Berjaya Edisi Kemaskini ini adalah usaha sederhana bagi menerangkan faktor-faktor selain daripada yang empat itu, yang begitu mempengaruhi kejayaan.

Ini bukanlah buku terbaik, tetapi mudah-mudahan dengan terbitnya buku ini pembaca mendapat maklumat yang membantu mereka mengorientasikan semula sistem keutamaan mereka dalam mengejar kejayaan.

KEJAYAAN MILIK SIAPA ?

Buku ini versi terbitan 2017 yang diterbitkan semula dalam versi yang kemas kini dan berwarna warni. Ilustrasi dan design sangat menarik.

Buku ini dipenuhi dengan tip-tip daripada Puan Ainon kerana tips beliau selalu praktikal dan sangat jelas. Antara yang menarik ialah tentang konsep diri. Menurut pakar-pakar psikologi, seseorang itu cenderung memelihara konsep dirinya supaya tidak berubah malah memperkukuhkannya lagi. Sebab itu sangat penting membina konsep diri yang positif sejak daripada kecil terutama untuk anak-anak kita.

Buku Psikologi Orang Berjaya ini juga amat sesuai bagi individu yang bukan dari bidang psikologi. Penjelasan yang padat dengan menyelitkan teori dengan gaya bahasa yang mudah difahami. Selain itu, pemahaman dapat dibuat dalam masa yang singkat sekaligus meningkatkan keyakinan diri.

Antara bab yang paling saya suka juga ialah dalam bab Karisma dan Kejayaan.

“Karisma ialah salah satu ciri kepimpinan dan kejayaan, tetapi itu tidak bermakna semua individu yang menjadi pemimpin ataupun berjaya memiliki karisma. Ada pemimpin yang karismatik dan ada pemimpin yang tidak karismatik. Begitu juga halnya dengan mereka yang berjaya dalam lapangan masing-masing.

Namun karisma selalunya dikaitkan dengan pemimpin-pemimpin politik. Sangkaan bahawa hanya pemimpin politik memerlukan karisma adalah tidak benar. Ramai usahawan dan pemimpin masyarakat memiliki karisma. Ramai pemimpin pertubuhan sosial juga memiliki karisma. Tidak kurang juga ramai pendakwah, profesor, guru-guru sekolah dan ahli sukan memiliki karisma. Malah ada penjenayah dan tokoh-tokoh ajaran songsang juga memiliki karisma.

Karisma ialah sejenis kuasa peribadi yang sangat berharga. Kuasa karisma adalah luar biasa. Dengan menggunakan karisma seseorang itu dapat mendorong individu-individu lain mengubah pemikiran dan tingkah laku mereka, sama ada ke arah positif mahupun negatif. Hanya dengan melihat wajah dan penampilannya sahaja, orang sudah terpengaruh, apatah lagi apabila mendengar kata-kata yang diucapkannya”

Jadi, anda berminat? Apabila anda berminat untuk membaca buku ini, itu adalah salah satu daripada tanda-tanda bahawa saudara seorang yang memiliki apa yang disebut sebagai ‘PEJAYA’

Nak tahu apa yang dimaksudkan dengan pejaya, jom ramai-ramai kita berjaya dengan buku yang ditulis oleh penulis yang berpengalaman iaitu Puan Ainon Mohd yang sememangnya mahir dalam bidang psikologi.

We will be happy to hear your thoughts

Leave a reply

Mvslimah
Logo
Shopping cart