Special

Memulakan Bisnes Sendiri Edisi Kemaskini

Memulakan Bisnes Sendiri (Edisi Kemaskini) adalah sebuah naskah yang cukup lama bertahan di pasaran. Dalam edisi terbaru, buku ini telah diolah 100% ke bentuk infografik dan berwarna.

Buku ini ditulis bagi saudara yang baru hendak mencari peluang memulakan bisnes sendiri. Buku-buku panduan memulakan bisnes sendiri yang sudah ada dalam pasaran lazimnya mengandaikan sesiapa sahaja dapat memulakan bisnes sendiri dengan jayanya. Andaian itu meleset daripada realiti sebenar.

Tidak semua orang dapat memulakan bisnes sendiri dengan jayanya. Majoriti individu yang cuba menceburi bidang bisnes mengalami kegagalan dan kerugian dalam tempoh tiga tahun selepas membuka bisnesnya. Ini adalah realiti. Jadi buku ini ditulis bagi membantu saudara mengukur diri saudara, apakah saudara mempunyai keupayaan dan kesanggupan memulakan bisnes sendiri.

Buku ini juga ditulis bagi membantu saudara mengenal pasti beberapa jenis kesilapan yang kerap dilakukan oleh mereka yang baru hendak memulakan bisnes sendiri, supaya saudara tidak mengulangi kesilapan jenis itu.

Ada tiga kumpulan orang yang cuba memasuki dunia bisnes:

  1. Mereka yang mempunyai bakat semula jadi dalam bidang bisnes.
  2. Mereka yang tidak mempunyai bakat bisnes.
  3. Mereka yang mempunyai bakat, tetapi bakatnya itu tidak cukup besar.

Buku Memulakan Bisnes Sendiri Edisi Kemaskini dikemas kini daripada segi bahasa dan susun atur bagi meningkatkan penampilan dan kualitinya. Buku ini memberi panduan dan tip kepada sesiapa sahaja yang berminat memulakan perniagaan sendiri.

Antara perkara menarik yang disentuh di dalam buku ini seperti bagaimana memilih calon isteri untuk usahawan, bagaimana memilih syarikat dan sektor bisnes, bagaimana memilih rakan kongsi dan bagaimana syarikat dirompak dan perkara baik yang membahayakan.

Karya Puan Ainon Mohd.

Buku Memulakan Bisnes Sendiri Edisi 2017

Buku ini ditulis bagi membantu saudara mengenal pasti beberapa jenis kesilapan yang kerap dilakukan oleh mereka yang baru hendak memulakan bisnes sendiri, supaya saudara tidak mengulangi kesilapan jenis itu

RM40.00

Pertanyaan atau Komen?

Leave a reply