Special

Halal dan Haram dalam Islam – Dr. Yusuf Al-Qaradhawi

Ini termasuk buku yang paling saya rekomendasikan untuk dibaca kaum Muslimin. Mana yang halal? Mana yang haram? Dijelaskan secara cukup detil oleh syaikh, dan ketika ada suatu pembahasan yang terdapat perbedaan pendapat di dalamnya, beliau membahasnya dengan jelas dan dengan adab yang baik.

Yusuf Ks

Buku Halal dan Haram dalam Islam karangan Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi ini adalah cetakan yang ke-70 ataupun lebih (tidak dapat dipastikan). Beliau berdoa semoga buku ini memberi manfaat kepada penulis, penerbit, dan pembacanya. Beliau juga berdoa semoga umat Islam dapat menjaga tingkah laku selari dengan hukum-hakam yang terkandung dalam Al-Quran dan sunnah tanpa menghiraukan ideologi-ideologi yang diimport daripada luar.

Dr. Yusuf Al-Qardhawi yang sering kita baca karya tulisnya sering saja menjadi jalan penyelesaian untuk masalah-masalah keagamaan yang berlegar di sekeliling kita. Itulah pentingnya kita membaca dan mendengar pendapat dari orang yang berilmu seperti beliau.

Halal & Haram Dalam Islam merupakan buku (kitab) yang membincangkan dengan berhemah tentang persoalan-persoalan yang sering menjadi persoalan. Walaupun tajuknya ‘Halal & Haram’, perbincangan oleh Dr. Yusuf Al-Qardhawi tetap meluas.

Perbincangan hukum tidak hanya berlegar tentang halal atau haram sahaja. Secara keseluruhannya, setiap bab yang dibincangkan memeng tepat terkena keatas kita. Sepertinya wajib untuk kita ambil tahu kes-kes seperti ini.

Antara yang dibincangkan, dalam bab kekeluargaan: unsur-unsur kemewahan dan keberhalaan, memelihara anjing tanpa keperluan dan perancangan keluarga. Manakala dalam bab pekerjaan, Qardhawi menekankan jenis pekerjaan yang diperangi oleh Islam.

Lagi, dalam bab perkahwinan, beliau membincangkan pendirian manusia ketika berhadapan dengan naluri seks, kes-kes berpoligami serta tiada konsep kerahiban dalam Islam.

Perbincangan tidak hanya berputar dalam konotasi perkara ibadah, makan minum, kekeluargaan, kewangan dan hubungan sosial sahaja. Malah, isu-isu yang berkaitan politik juga dibincangkan.

Hubungan pemerintah dengan rakyat, menipu rakyat adalah dosa besar dan orang kepercayaan dalam kalangan orang-orang kafir. Itu serba sedikit yang diperbahaskan.

Qardhawi juga menyentuh hingga ke aspek kebudayaan agar membasmi tradisi-tradisi jahiliah yang bertentangan dengan ajaran Islam, serta hubungan muslim dan bukan muslim turut ditekankan.

Buku ini adalah edisi kemas kini dan paling terbaru di pasaran, terbitan pertama buku ini pada tahun 1960. Ia sudah diulang cetak sebanyak 70 kali dalam bahasa Arab, malah turut diterjemah ke dalam bahasa lain di seluruh negara di pelusok dunia. Terbaru, buku ini turut dicetak menggunakan kaedah Braille bagi orang yang kurang upaya.

Ulasan disediakan oleh Asri Yussof

 

Buku Halal dan Haram dalam Islam

Buku sangat bermakna buat mukmin. Dimana yang halal? Dimana yang haram? Semuanya dijelaskan secara terperinci. Setiap perselisihan bahas beliau nukilkan dengan jelas dan beradab.

RM90.00 RM100.00

Pertanyaan atau Komen?

Leave a reply