Special

Charles Mohan: Sebenarnya…

Anda tahu segalanya? Anda yakin?

Charles Mohan, Sebenarnya...

Di sebalik kehidupan seorang wartawan, mungkin ramai yang tidak tahu.

Buku ini menceritakan individu, detik, lokasi, kejadian, dan keadaan sebenar suatu berita sebelum ia dilaporkan di media.

Kesahihan sebenarnya… hanya yang melaluinya sahaja yang tahu.


Pengalaman 17 Tahun Sebagai Wartawan

It’s a special tribute to all journalist in Malaysia

Charles Mohan

Pada 47 halaman pertama, beliau berkongsi kisah beliau mengenali keperibadian Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz sebagai seorang pemimpin yang disegani.

Dari pengalaman pertama beliau bertemu dengan Allahyarham di pilihanraya kecil Manik Urai, Kelantan pada tahun 2009, beliau tertarik dengan keperibadian Allahyarham.

Katanya, inilah contoh pemimpin Islam sebenar dalam mengurus tadbir politik.

Dalam bidang kewartawanan yang sudah beliau ceburi selama 17 tahun ini, beliau banyak mendapat peluang untuk melaporkan berita-berita tentang ahli politik.

Selain Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz, Charles juga berkongsi cerita-cerita beliau bersama ahli politik lain,

Antaranya Dato’ Seri Anwar Ibrahim,Tun Mahathir, Tun Abdullah Badawi, Dato’ Seri Najib, Dato’ Seri Mukhriz, Dato’ Seri Samy Vellu, Tan Sri Dr. Chua Soi Lek dan Dato’ Hishamuddin.

Pengalaman sebagai seorang wartawan merupakan suatu pekerjaan yang sangat bertuah. Banyak perkara yang tidak masyarakat awam tahu tetapi wartawan tahu.

Charles sendiri menyaksikan perkara ini. Sehingga dalam cara ahli politik menjawab soalan pun beliau perhatikan.

Beliau membuat perbandingan cara menjawab soalan antara Dato’ Seri Najib dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Najib apabila dia rasa soalan dari wartawan tidak perlu dijawab, dia senyap sahaja dan tak akan marah.

Anwar, kalau dia tidak suka dengan soalan yang ditanya, dia akan tanya balik, kenapa soalan itu ditanya dan wartawan dari media mana.

Daripada kisah bagaimana beliau bermula dengan temuduga kerja di stesen televisyen NTV7 sehingga beliau mampu mengendalikan kes-kes besar di Malaysia:

Pembunuhan Altantuya dan Norita, pertuduhan liwat Anwar Ibrahim, GRO dan pelacuran, yang pernah dikendalikan oleh beliau, semuanya diceritakan dalam buku ini.

Pengalaman beliau selama 17 tahun sebagai wartawan di Malaysia dibukukan dalam Sebenarnya…

Kumpulan cerita dalam buku ini adalah cerita pengalaman beliau menempuh cabaran sebagai seorang wartawan,

Apa yang dilihat oleh kita sebagai masyarakat awam bukan seperti apa yang dilihat oleh seorang wartawan.

Ulasan disediakan oleh Safiah Edina
Buku Sebenarnya...

Buku ini menceritakan individu, detik, lokasi, kejadian, dan keadaan sebenar suatu berita sebelum ia dilaporkan di media.

RM20.00

Charles Mohan: Sebenarnya…
Pertanyaan atau Komen?

Leave a reply