Special

Matlutfi: Alegori Rumah Api

Alegori Rumah Api memuatkan 38 buah tulisan multigenre – cerpen, artikel, alegori, esei dan coretan pengalaman.

Kebanyakannya ditulis sepanjang tahun 2016 dan selebihnya pada tahun 2017.

Lukisan-lukisan kebanyakannya adalah hasil tangan isteri dan mak aku. Adalah juga beberapa yang aku (cuba) lukis. Senang sahaja nak teka– yang mulus-mulus abstrak ala-ala Picasso itu akulah pelukisnya. Sebagai pelukis amatur, kami perlahan-lahan belajar melukis dengan memerhati dan merenung ilustrasi-ilustrasi dalam domain awam.

Harapnya buku ini pun dapat perlahan-lahan melukiskan senyuman di muka para pembacanya. Kalau laju lagi bagus!

Tinta Matluthfi

Ramai orang tanya alegori ni menatang apa? Macam aligator ka? Dak, tak sama; tu hang.

Alegori ni lebih kurang macam perbandingan atau perwakilan atau metafora atau analogi. Cumanya sementara metafora dan analogi lebih direct dan jelas, alegori ni lebih kepada cerita yang lebih kompleks yang mewakili lambang-lambang tertentu.

Alegori Rumah Api merupakan sebuah cerita ringkas tentang tiga cara manusia menanggap atau memahami hubungan antara Kebenaran (Truth) dan Salvation (Keselamatan) –

  1. Adakah manusia perlu sampai kepada Kebenaran dahulu sebelum dapat Keselamatan?
  2. Adakah manusia tidak perlu pun sampai kepada Kebenaran sebelum dapat Keselamatan?
  3. Atau adakah Kebenaran dan Keselamatan tidak wujud pun dan hanyalah sekadar rekaan manusia semata-mata?

Cerita Alegori Rumah Api yang serius ini hanyalah salah satu daripada 38 cerita multi-genre yang lain. Kalau hang malaih pikiaq benda berat-berat, hang relaks, ada belunggok (banyak) lagi cerita-cerita lawak dan coretan-coretan peribadi termasuklah cerita aku travel pusing sana sini pada tahun 2016.

Aku sebenarnya dah malas menulis dekat media sosial sejak kebelakangan ni. Sat lagi mai komen yang salah interpret la, komen tak paham, komen nak bergaduh, komen juai barang; waduh-waduh satu kerja pulak aku jadi ahli parlimen menyantuni ra’yat jelata semua. Jadi aku menulis senyap-senyap saja la untuk buku, sambil minum ayaq oren.

Buku Alegori Rumah Api

Buku ini merupakan sebuah cerita ringkas tentang tiga cara manusia menanggap atau memahami hubungan antara Kebenaran (Truth) dan Salvation (Keselamatan)

RM25.00

Pertanyaan atau Komen?

Leave a reply