Special

69 Doa Dan Zikir Sahih

Buku 69 Doa Dan Zikir Sahih ini sesuai untuk amalan seisi keluarga. Bersumberkan dari hadis-hadis sahih beserta kaifiyat (cara amal) yang dipetik dari Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam dan bukan ciptaan selain baginda.

Orang yang lemah adalah orang yang meninggalkan berdoa dan orang yang paling bakhil adalah orang yang bakhil terhadap salam.

Hadis riwayat Imam At-Tabrani

69 Doa Dan Zikir Sahih juga disertakan kelebihan-kelebihan amalannya yang diambil dari hadis juga, bukan fadhilat rekaan mana-mana individu hasil tajribah biasa.

Penulis: Dr. Zaharuddin Abdul Rahman

Perumpamaan orang yang ingat akan Tuhannya dengan orang yang tidak ingat akan Tuhannya laksana orang yang hidup dengan orang yang mati.

Hadis riwayat Imam Al-Bukhari

Anda Pasti Amalan Zikir Dan Doa Anda Selama Ini Sahih?

Umat Islam pada masa kini sememangnya mudah mempercayai setiap perkara yang didengar dan dipelajari. Setiap perkara mudah diamalkan tanpa menyelidiki kesahihannya.

Amalan-amalan seharian seperti doa dan zikir senang diikuti tanpa meragui kebenarannya.

Adakah kita benar-benar yakin bahawa setiap amalan harian kita tidak ditokok tambah? Jikalau begitu, tidak wujudlah isu bid’ah dalam kalangan umat Islam.

Buku 69 Doa Dan Zikir Sahih ini karya Dr. Zaharuddin Abdul Rahman untuk mencerahkan ummat.

Buku ini mengandungi Zikir Umum, Doa-doa, Wirid Selepas Solat Fardhu, dan Doa dan Zikir Nabawi Waktu Pagi dan Petang. Kebanyakan doa dan zikir yang disebut turut disertakan rekod hadith. Ia sebagai panduan kepada pembaca bagi merujuk kesahihannya.

Bagi memudahkan pengguna juga, buku ini dihasilkan dalam bentuk yang kecil dan ringan. Hal ini akan memudahkan pembaca membawa nota kecil ini ke mana-mana sahaja.

Justeru, sekiranya pembaca tidak mengingati doa dan zikir yang terdapat dalam buku itu, mereka boleh membeleknya setiap masa.

Ini memudahkan pembaca mengamalkan setiap amalan tersebut setiap waktu yang dituntut berbanding dengan buku-buku yang tebal.

Doa dan zikir yang terpilih ini tidak terlalu memberatkan pembaca menghafal terlalu banyak amalan yang diamalkan Rasulullah s.a.w. Ia sesuai untuk mula mengamalkan amalan sahih yang diajar Rasulullah s.a.w. tanpa perlu mempertikaikan kebenarannya.

Semoga buku ini dapat membantu para pembaca khususnya umat Islam mengamalkan amalan yang mungkin kelihatan ringan, namun besar ganjarannya di sisi Allah s.w.t.

Ulasan disediakan oleh Nor Fatin Amira Salleh
Buku 69 Doa Dan Zikir Sahih

Buku 69 Doa Dan Zikir Sahih ini bersumberkan dari hadis-hadis sahih beserta kaifiat dan fadhilat

RM4.50 RM5.00

Pertanyaan atau Komen?

Leave a reply