Special

365 Tip Mendidik Anak Soleh dan Solehah

Buku 365 Tip Mendidik Anak Soleh dan Solehah ini dibahagikan kepada 6 segmen, iaitu:

  • Akidah
  • Ibadah solat
  • Akhlak
  • Al-Quran
  • Sunnah
  • Ibu bapa sebagai guru pertama anak-anak

Buku ini dicetak dengan ilustrasi menarik serta lengkap dengan dalil daripada Al-Quran, hadith, dan pendapat ulama.
Buku yang bertemakan 1 hari 1 tip ini merangkumi 365 Tip Jom Amal sebagai bimbingan ibu bapa untuk setahun.

Menarik: 13 tip mengurus anak bermain gajet!

Isi Kandungan

  • Bahagian 1: Akidah Sebagai Asas Kehidupan
  • Bahagian 2: Melahirkan Generasi Cinta Solat
  • Bahagian 3: Melestarikan Fitrah Suci Anak dengan Al-Quran
  • Bahagian 4: Mengamalkan Sunnah, Memimpin Ke Jalan Kebaikan
  • Bahagian 5: Akhlak Mulia Melahirkan Generasi Berwibawa
  • Bahagian 6: Ibu Bapa, Guru Pertama Anak-Anak

Penulis buku ini merupakan insan yang tidak asing lagi di kaca TV mengendalikan program fiqah wanita, motivasi agama dan menulis buku 365 Tip Didik Anak Gaya Nabi.


Anak Soleh Dan Solehah Akan Membina Keluarga Bahagia

Setiap ibu bapa pasti mengimpikan zuriat mereka menjadi seorang manusia yang baik. Mempunyai seorang anak yang soleh dan solehah adalah impian setiap pasangan walau apa pun latar belakang ibu bapa.

Namun, jalan untuk menjadi seorang Muslim yang benar-benar beriman bukan senang. Ia memerlukan mujahadah yang tinggi dalam mengikuti setiap perintah-Nya.

Justeru, ketika seseorang anak itu dilahirkan, setiap ibu bapa bertanggungjawab memberikan didikan yang betul kepada anak-anak.

Pendidikan agama dan akademik seharusnya seimbang dan tidak melebih dan mengurangkan mana-mana bahagian.

Tugas mendidik anak-anak juga tidak wajar diserahkan kepada guru di sekolah sahaja. Ini kerana, pendidikan ibu bapa dari rumah adalah lebih penting.

Sementelah zaman teknologi canggih ini sedikit sebanyak mempengaruhi anak-anak dan memberi cabaran kepada ibu bapa untuk selangkah lebih ke hadapan daripada anak-anak.

Oleh yang demikian, buku 365 Tip Mendidik Anak Soleh Dan Solehah boleh menjadi rujukan kepada para ibu bapa.

Buku hasil tulisan penceramah terkenal, Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki ini adalah kesinambungan daripada buku yang pertama, iaitu 365 Tip Didik Anak Gaya Nabi.

Tidak terlalu berat untuk dibaca dan penggunaan bahasa yang mudah difahami adalah satu kelebihan buku ini. Penulis mempromosikan gaya 1 Hari 1 Tip dalam mendidik anak-anak.

Beliau menulis dengan pembahagian enam segmen utama tentang bagaimana cara mendidik anak setiap hari. Setiap isu disokong dengan dalil Al-Quran, hadith, dan pendapat ulama.

Antara elemen yang diterapkan termasuk akidah, ibadah solat, akhlak, Al-Quran, Sunnah, dan penerapan ilmu-ilmu psikologi.

Walaupun buku ini memberikan idea secara ringkas dan padat serta dapat memberi ilham kepada ibu bapa dalam memahami anak-anak masa kini.

Dengan pelbagai gejala yang berlaku, ibu bapa harus lebih kreatif dalam mendidik supaya dapat diterima oleh jiwa mereka.

Justeru, tip-tip yang diberikan dilihat tidak terlalu memaksa dalam mendidik anak-anak. Ia satu kaedah yang halus dalam menyuntik elemen mendidik bukan menghukum.

Secara keseluruhannya, buku ini memberi fokus bagaimana mendidik anak yang masih kecil dan di peringkat kanak-kanak. Ibu bapa boleh menjadikannya rujukan dalam membentuk akhlak dan peribadi anak-anak masa kini.

Ulasan disediakan oleh Nor Fatin Amira Salleh.
Buku 365 Tip Mendidik Anak Soleh dan Solehah

Buku ini bertemakan 1 hari 1 tip yang merangkumi 365 Tip Jom Amal sebagai bimbingan ibu bapa untuk setahun.

RM16.20 RM18.00

1 Comment
  1. […] tidak hanya berputar dalam konotasi perkara ibadah, makan minum, kekeluargaan, kewangan dan hubungan sosial sahaja. Malah, isu-isu yang berkaitan politik juga […]

Leave a reply