Kalau Tak Baca, Ayah Report!: Kipidap

Waktu mula-mula dengar Ayah nak buat buku, macam-macam jugalah datang dalam fikiran. “Biar betul? Ayah buat buku? Ayahanda Rani Kulup buat buku?

Bukan apa, macam tak berapa nak logik. Apalah dia nak cerita? Apalah benda dia boleh kongsi? Kena pulak depan-depan buku terpampang, “Siapa tak baca, Ayah report!

Amboi, itu je kerjanya. Report. Report.

Tapi bila mula dah kenal dia, bila dah baca buku #Kipidap ni, banyak sangkaan-sangkaan kau tu, akan kendur. Tak semestinya kau akan setuju dengan dia, memang payah untuk kau tiba-tiba pusing 360 darjah jadi peminat dia. Tak.

Tapi kau jadi lebih faham dia.

Buku #Kipidap ni unik. Unik sebab Ayah tu unik. Kemudian, buku ni, bahan dia memang terus daripada Ayah. Bukannya daripada orang yang troll Ayah.

Apa kita dapat dalam buku ni adalah lawak-lawak fresh. Kalau nak dikategorikan, buku ni boleh dikategorikan sebagai buku lawak. Tapi buku ni bukan penuh dengan lawak trol saja. Tak. Yang betulnya, buku ni penuh dengan report.

Bunyinya memang pelik. Apa pulaklah nak buat buku pasal report? Tapi itulah. Kalau tak baca, kau tak tahu. Bila kau baca, kau akan jumpa banyak, bahkan boleh jadi, sangat banyak, idea-idea best.

Cikgu-cikgu Malaysia ni kita boleh harap, tapi jangan sampai nak ajar anak solat pun harap ke cikgu jugak. Jangan sampai nak buang sampah ke dalam tong sampah pun harap cikgu. Ini tak, bapaknya yang bawak kereta pergi hantar anak ke sekolah, sebelum sampai sekolah siap buang sampah tepi jalan lagi. Macam mana anak nak jadi menteri yang mendengar isi hati rakyat?


Beli kalau nak tau. Kalau tak, ayah report!

Ayahanda Rani Kulup
Ada banyak lagi benda lain yang boleh dibuat bahan kempen. Misalnya, kita beritahu bakal pengundi kita, yang kita boleh buat jalan raya 10 bulan lagi cepat daripada pemimpin lawan. Yang pemimpin lawan tak nak kalah. Dia kata boleh buat 9 bulan lagi awal siap.

Itu baru dua “kata-kata hikmah” daripada Ayah. Ada banyak lagi. Dan kalau kau tak percaya, paling tidak ingatlah kata-kata Ayah ni, “Orang yang pandai ni patut tahu dua perkara dalam dunia buku. Kritik apabila sudah baca. Kalau belum baca cukup diam, atau kalau nak cakap juga, cakap yang kau tak baca lagi.

Ingat! Kalau tak beringat jugak, jangan pulak nanti muncung kalau kena report….

Ulasan ditulis oleh Syarafuddin Sulaiman
Buku #Kipidap

Waktu mula-mula dengar Ayah nak buat buku, macam-macam jugalah datang dalam fikiran. “Biar betul? Ayah Kipidap buat buku? Ayahanda Rani Kulup buat buku?”

RM17.10 RM19.00

Kalau Tak Baca, Ayah Report!: Kipidap
Pertanyaan atau Komen?

Komen?

Kedai Buku Online