Selamat Bertugas, Dr. Maszlee Malik

Dr Ustaz Maszlee Malik
Foto: Sinar Harian

Maszlee Malik, kali pertama saya kenal nama ini dari buku terbitan PTS sembilan tahun yang lalu. Buku yang bertajuk Fikah Luar Negara.

Kemudian nama yang sama saya temui setiap kali melawat portal PalestinKini.info. Nama beliau tertulis sebagai penaung portal berita tersebut.

Rakan-rakan dari PAS tidak selesa mendengar nama beliau, yang selepas lima tahun baru saya fahami, berkaitan isu ummah centric dan ta’addud jamaah.

Pun begitu, Dr. Maszlee Malik yang saya kenali ialah seorang ilmuan Islam yang dinamik, terkedepan dalam isu-isu pendidikan dan pelajar keciciran.

Kulit buku Fikah Luar Negara, terbitan PTS
Fikah Luar Negara, terbitan PTS

Saya mulai ikuti forum Pedagogi Pendidikan di Kompleks Karangkraf Shah Alam. Beliau hadir sebagai panelis. Saya juga ingat bagaimana beliau mengusik KJ dan ramai ahli politik lain ketika menjadi moderator Wacana Sinar.

Keluasan ilmu menjadikan beliau menyerlah di pentas politik dan aktivism.

Beliau tidak saya lihat tidak hanya di atas pentas. Di himpunan Global March to Jerusalem, beliau datang bersama-sama keluarga menyokong kempen yang maha baik itu.

Selamat bertugas, Dr Maszlee.

Semoga bawa pembaharuan kepada institusi pendidikan Malaysia.

Tinggalkan komen

Site Footer