Nas Daily: Yang mesejnya selalu positif tetapi..

Semalam, page Nas Daily menyiarkan status penafian mengenai tuduhan bahawa beliau sengaja memburukkan Malaysia. Penafian ini berkait dengan ramai follower Nas yang menyatakan rasa tidak puas hati selepas beliau memuatnaik video mengenai budaya parking di Singapura dan sekatan Malaysia ke atas pemegang pasport Israel.

Marah ke?

Saya tiada masalah bila Nas Daily burukkan orang Malaysia di Singapura. Cerita tentang parking dan sikap atas jalan Malaysia-Singapura ini memang tidak akan habis. Kedua-duanya pun ada perangai buruk.

Saya tak kisah bila Nas cerita tentang orang Syria tidur di KLIA. Malaysia dah tawarkan bantuan namun dia tolak. Nas pun tak tahu, orang Malaysia pun ramai tak tahu.

Cuma dalam yang menyentuh hal Palestin, dia sangatlah bias. Dalam satu video, dia promosikan Jerusalem sebagai milik bersama Palestin-Israel. Dalam post lain, dia cerita Yahudi kena diskriminasi, dan mengadu passport Israel tak boleh masuk Malaysia dan 14 negara lain.

Padahal dia tak boleh salahkan antisemitism semata-mata. Tanah Palestin yang dirampas bukan cerita setahun dua. Kebun-kebun Palestin yang dibakar pun tak terbela.

Siang tadi sempat dengar radio, cerita tentang sekarang Palestin hanya tinggal Gaza, yang bakal dihuni 2 juta penduduk pada tahun 2020. Menurut PBB, Gaza dah tak sesuai dihuni menjelang 2020 sebab masalah bekalan elektrik dan air, kumbahan, dan masalah khidmat kesihatan.

Adakah penduduk Palestin bebas jalan-jalan ke luar negara seperti Nas? Jangankan melancong, ibu-ibu Palestine dinafikan hak untuk melahirkan anak di hospital. Ramai yang bersalin sebelum tiba di hospital malah terpaksa menunggu berjam-jam di checkpoint kawalan Israel.

Bagi saya, Nas dan pemegang paspot Israel lain masih hidup dengan pelbagai kelebihan berbanding orang Palestin. Itu pun banyak kali jugak dia ungkit kena sekat masuk 15 buah negara.

Saya risau, dia orang terkenal

Saya risau orang kita terbeli idea dia.

Tinggalkan komen

Site Footer