Khatan, Bercukur dan Tuntutan Sunnah Buat Bakal Bapa

Cukur jambul, khatan, dan tanam uri ialah amalan yang sangat sinonim dengan menyambut kelahiran bayi. Namun garis pemisah antara adat tempatan dan juga tuntutan Islam amatlah sukar dibezakan jika tidak bersandarkan nas al-Quran dan sunnah.

Azan ditelinga bayi baru lahir

Ini berdasarkan sebuah hadith riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi daripada Abi Rafi’ daripada ayahnya RA:

Aku telah melihat Rasulullah SAW telah mengazankan pada telinga al-Hasan bin ‘Ali iaitu setelah Fatimah melahirkannya dengan azan solat.

Hadis riwayat Abu Daud (5105). Dinilai sahih oleh Al al-Baani & Al-Tirmizi (1514).

Amalan cukur jambul

Selepas menyembelih aqiqah, disunnahkan untuk mencukur rambut bayi samada lelaki atau perempuan. Rambut yang dicukur ditimbang dengan emas atau perak. Kemudian nilai timbangan disedekahkan kepada mereka yang memerlukan.

Timbanglah rambut Hussein, dan sedekahkanlah dengan kadar timbangan itu dengan perak dan hadiahkan kepada bidan kaki binatang akikah itu.

Hadis riwayat Hakim dan al-Baihaqi.

1 comments On Khatan, Bercukur dan Tuntutan Sunnah Buat Bakal Bapa

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer