Aidilfitri datang lagi. Selain gema takbir di masjid dan kaca tv, artis-artis juga tak ketinggalan mengucapkan ucapan selamat hari raya.

Minal aidil wal faizin..

Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan ‘minal aidin wal faizin’?

Sebenarnya sukar menyebut dengan betul jika hanya berpandukan tulisan rumi semata-mata. Tetapi begini ejaan sebenarnya:

من العائدين والفائزين

Mungkin ejaan rumi paling tepat ialah “minal a’idin wal faizin” membawa maksud literal, “bersama orang yang menang dan berjaya”.

Semoga pasca Ramadhan ini kita tergolong dikalangan orang-orang yang menang dan berjaya, insyaallah.

Minal a’idin wal faizin.