in

Benarkah Sambutan Kemerdekaan Penang Meraikan Perjuangan Komunis?

blind urban performance
Sumber: Facebook

Viral foto yang tersebar hari ini, satu kumpulan berhimpun dan berarak dengan pakaian yang dikatakan mirip komunis.

blind urban performance
Sumber: Facebook

Cara Pakatan Harapan Penang sambut Merdeka semalam…Jika kita lihat dan hayati maksud tersirat acara tersebut adalah kebangkitan perjuangan PKM ( Parti Komunis Malaya) daripada kubur yang berjaya selepas 61tahun, lihat warna pakaian yang dipakai adalah warna simbolik uniform PKM zaman darurat…

Selain itu, himpunan juga berlangsung pada 31 Ogos dan 1 September 2018.

Apakah kerajaan Pulau Pinang tidak sensetif?

salahfaham blind urban performance
Sumber: Facebook

Persembahan Kesenian Urban Blind

Sebenarnya himpunan itu ialah persembahan kesenian urban Brazil (dinamakan Blind) yang berlangsung di Georgetown selama dua hari. Video teaser juga telah diterbitkan di Youtube.

Malah persebahan seni ini juga tiada kena mengena dengan sambutan kemerdekaan dan komunis. Di laman web Blind (https://georgetownfestival.com/programmes/blind) juga tidak tertulis apa-apa mengenai komunisme dan sambutan merdeka.

Blind will consist of Penang’s local people who will plan the routes and actions themselves, ensuring this artwork is relevant to our city – what makes George Town blind? What are we blind to?

Blind was born in Brazil and has been performed in cities all over the world

Warna baju macam komunis

Satu lagi tanda tanya, mengapa warna baju persembahan seni Blind mirip baju komunis yang mengancam keamanan negara satu masa dulu?

Sambutan Kemerdekaan 2017
Sumber: Astro Awani (Historic moments of 1957 dominate 2017 National Day celebration)

Kebetulan. Baju yang dipakai dalam persembahan seni tersebut mempunyai gambaran ‘bersalut tanah liat’ seperti yang tertulis di laman web Blind :

Men and women, dressed in business attire – the everyday armour of the metropolis – are covered in clay and blindfolded

 

What do you think?

Written by akmalf

A web dev, designer, tech enthusiast, family car lover, and father, all rolled into one.

Tinggalkan komen

GIPHY App Key not set. Please check settings

2 Comments

Nuzul Al-Quran dan Lailatul Qadar

Nas Daily: Yang mesejnya selalu positif tetapi..